Bila
Mana
Dianjurkan oleh
Kategori :
  May 19th, 2017          |          Kategori : Popular

Scha dan Awal Tidak Mahu Mewahkan Lara Alana

Mempunyai hampir 3 juta pengikut di Instagram, anak pasangan selebriti terkenal Scha Al-Yahya dan Awal Ashaari ini sering dilihat umum sebagai kanak-kanak yang menjalani kehidupan serba mewah.

Paling menjadi tumpuan pastinya pakaian atau aksesori yang dipakai Lara sehingga menjadikan hashtag #RaraOOTD begitu popular sekali.

screen-shot-2017-05-19-at-11-21-03-am

Seringkali dilihat menggayakan pakaian yang berjenama mewah, lantas menimbulkan cakap-cakap orang bahawa Scha dan Awal cuba ‘memandikan’ anak mereka dengan kemewahan.

Namun pasangan ini menyangkal dakwaan itu. Menurut Scha dan Awal, mereka sama sekali tidak pernah berbelanja besar hanya untuk membeli pakaian Lara.

screen-shot-2017-05-19-at-11-20-41-am

“Apa yang dipakai oleh Lara kebanyakannya adalah pemberian orang. Saya tidak pernah membeli barang berharga 3-4 ribu untuk anak saya yang kecil hanya semata-mata untuk dipakai di tangan, bagi saya itu satu pembaziran.” Jelas Awal.

Menurut Scha, beliau telah berpesan kepada Awal supaya tidak memberi Lara barang yang berjenama yang lebih bersifat materialistik.

screen-shot-2017-05-19-at-12-00-23-pm

“Kalau ada benda yang mahal kita beli pun macam basikal atau kereta permainan untuk Lara.” Katanya.

 

Pasangan ini turut menjelaskan bahawa setiap gambar yang dimuatnaik di Instagram Lara adalah cara mereka untuk berterima kasih kepada orang yang telah memberikan Lara hadiah.

screen-shot-2017-05-19-at-12-01-57-pm

“Tetapi bila kami sering memuatnaik gambar seperti itu, orang berkata kami cuba menunjuk-nunjuk pula sedang itu sekadar terima kasih kami kepada mereka yang memberi”, luah mereka.

screen-shot-2017-05-19-at-12-04-48-pm

Scha dan Awal ditemui di majlis pelancaran koleksi raya Jakel Barulah Raya di mana mereka sekeluarga terpilih sebagai duta untuk tahun kedua berturut-turut.