Bila
Mana
Dianjurkan oleh
Kategori :
  January 11th, 2017          |          Kategori : Buletin

Sebab Mengapa Azmil Mustapha Tetapkan Bayaran RM100,000 Sehari Untuk Sebuah Drama

Pelakon yang pernah popular dengan filem ‘Mekanik’ dan ‘Ali Setan’, Azmil Mustapha berkongsi cerita tentang bagaimana beliau menolak tawaran lakonan dengan cara baik selepas mengambil keputusan untuk tidak lagi membabitkan diri dalam bidang hiburan.

“Kalau nak tahu sejak dua tahun lalu saya masih mendapat tawaran berlakon. Syarikat penerbitan itu sanggup membayar saya RM10,000 sehari semata-mata mahu saya muncul dalam drama mereka. Saya menolak dengan cara baik tetapi mereka tetap datang memujuk. Jadi saya pun menetapkan satu syarat iaitu bayaran sebanyak RM100,000 sehari. Mendengarkan syarat itu, mereka terus menolak. Bukan saya nak mempermainkan mereka, tetapi itu saja cara berhemah yang boleh membuatkan mereka berhenti memujuk saya.”

Dalam masa sama, Azmil memberitahu bahawa dia tidak pernah berasa rindu terhadap bidang lakonan yang pernah mempopularkan namanya satu ketika dulu. 

“Kali terakhir saya berlakon adalah dalam filem ‘Puteri Gunung Ledang’ pada 2004. Saya menerima tawaran itu pun selepas penerbit dan pelakonnya, Tiara Jacquelina bersetuju dengan 10 syarat yang ditetapkan. Saya terima tawaran itu kerana Tiara adalah kenalan lama saya dan pada masa sama Datuk M Nasir turut berlakon di mana saya memang meminatinya. Selepas itu hinggalah sekarang saya terus berhenti berlakon.”

Walau bagaimanapun, menurut Azmil, jika ada tawaran membabitkan penerbitan dokumentari Islamik, dia bersedia untuk terbabit sama. 

 

Sumber : Harian Metro