Bila
Mana
Dianjurkan oleh
Kategori :
  December 5th, 2017          |          Kategori : Popular

Sejak Umum Hidap kanser, Ramai Mengaku Jadi BFF Elyana

Semenjak mengumumkan tentang penyakit kanser yang sedang dihidapinya, Elyana mengakui tiba-tiba ramai yang mengakui bahawa mereka adalah BFF (Best Friend Forever) atau kawan baik Elyana.

Elyana telah memuatnaik gambar beserta kapsyen di Instagram miliknya menjelaskan situasi sebenar.

screen-shot-2017-12-05-at-12-05-39-pm

Kata Elyana lagi, ada individu yang mengakui mereka adalah kawan baiknya dan sudah lama tahu tentang penyakit yang dihidapi Elyana sedangkan Elyana sendiri tidak pernah bercerita kepada mereka.

Ada juga yang mengakui pernah belajar satu universiti dengannya sedangkan Elyana tidak pernah belajar di universiti.

screen-shot-2017-12-05-at-12-05-48-pm

Lebih teruk ada golongan yang mengambil kesempatan dengan berbohong bahawa Elyana pernah menggunakan produk mereka untuk melariskan jualan.

Elyana turut menyenaraikan nama-nama sahabat sejatinya yang pernah menangis bersamanya iaitu Sasqia Dahuri, Anita Baharom, Sherry Ibrahim, Zuhairy dan Datin Anne Ngasri.

screen-shot-2017-12-05-at-12-06-19-pm

Sabarlah Elyana, sekarang ini memang ramai manusia yang suka mengambil kesempatan. Yang penting Elyana kena selalu happy ok!