Bila
Mana
Dianjurkan oleh
Kategori :
  May 17th, 2017          |          Kategori : Terkini

Selepas Izara Aishah, Siti Sarah Pula Minta Maaf

 

screen-shot-2017-05-17-at-9-22-36-am

Selepas tersebarnya video panas Izara Aishah di satu majlis fesyen baru-baru ini, pelakon itu telah membuat permohonan maaf secara terbuka di akaun media sosialnya.

Nampaknya ada seorang lagi artis yang telah membuat permohonan maaf secara terbuka di akaun media sosial kerana didakwa berpakaian kurang sopan.

screen-shot-2017-05-17-at-9-22-58-am

Siti Sarah Raisuddin melalui akaun instagramnya telah memuat naik status permohonan maaf kerana didakwa memakai pakaian yang terlalu ketat sehingga menampakkan susuk tubuhnya.

screen-shot-2017-05-17-at-9-13-04-am

 

Dalam komen yang diterima menerusi satu gambar yang dimuatnaik Sarah, salah seorang pengikut Instagram Sarah telah menulis Sarah berpakaian lebih sopan sewaktu beliau berbadan besar dan memakai pakaian yang ketat dan sendat apabila sudah kurus.

screen-shot-2017-05-17-at-9-13-52-am

Sarah di dalam permohonan maafnya ada menulis bahawa beliau sebenarnya lebih seksi pada waktu dahulu jika dibandingkan dengan zaman sekarang setelah bergelar isteri kepada pelawak popular Shuib Sepahtu.

screen-shot-2017-05-17-at-9-13-31-am

Seperti biasa ruangan komen Instagram penyanyi bertubuh genit ini menjadi medan perdebatan netizen yang menyokong mahupun menghentam tindakan ibu beranak tiga itu.

screen-shot-2017-05-17-at-9-14-46-am