Bila
Mana
Dianjurkan oleh
Kategori :
  April 16th, 2018          |          Kategori : Trending

“Selfie Di Majlis Pengkebumian Ibu, Inikah Orang Yang Layak Dibuat Pasangan Hidup?” Zul Ariffin

Teka-teki mengenai status hubungan pelakon popular Zul Ariffin dan Zahirah McWilson akhirnya terjawab apabila aktor itu megesahkan bahawa hubungan mereka sudah berakhir.

Menerusi laporan yang dikeluarkan oleh Berita Harian Online, Zul berkata sejak tahun lalu lagi ramai yang sudah membuat andaian hubungna mereka sedang dilanda badai.

“Sudah putus. Gelombang hubungan kami sudah putus dan bersambung semula dalam tempo berkenaan. Sebab itu saya hanya memberi samar bayangan jika ada yang bertanya.

Hari ini saya mahu menegaskan perhubungan itu sudah berakhir dan tidak mungkin bertaut kembali. Jika masih meneruskan hubungan, bermakna saya menganiaya diri sendiri. Tiada apa yang mahu disembunyikan lagi”, jelasnya.

Tahun lalu pelbagai desas desus yang melanda hubungan mereka antaranya melibatkan bapa Zahirah iaitu Zainol Mcwilson dan juga kontroversi orang ketiga di dalam hubungan Emma Maembong dan Kamal Adli.

Bagaimanapun, Zul sebelum ini dilihat masih terus mempertahankan hubungan yang sudah terjalin sejak tiga tahun lalu.

Aktor yang mencipta populariti menerusi drama Rindu Awak 200% dan Titian Cinta itu berkata, dia tidak kecewa dengan perpisahan yang berlaku.

“Kecewa, tidak…! Kalau melihat orang ‘berselfie’ dengan gembira kira-kira 20 meter dari jenazah ibu tanpa rasa sensitif, inikah orang yang layak dibuat pasangan hidup?

“Itulah perasaan saya ketika melihat Zahirah seronok ‘berselfie’ bersama seorang teman berdekatan jenazah arwah ibu saya ketika dalam masjid.

“Ada beberapa saksi melihatnya, termasuk saya yang ketika itu mahu membuka penutup muka untuk mencium arwah ibu buat kali terakhir.

“Menyampah memandangnya, tetapi saya masih meneruskan hubungan. Saya tidak kejam dan tetap memaafkannya,” katanya yang kehilangan ibu tercinta, Robiah Nasir, 5 Disember lalu.

Zul berkata, dia reda apabila kepincangan hubungan yang berpanjangan tidak mampu dipulihkan lagi.

“Saya tentunya mengharapkan ketenangan dan kebahagiaan dalam membina hubungan cinta.

“Jika terlalu banyak mengganggu kerja dan menjejaskan kehidupan peribadi, tiada guna untuk terus mempertahankannya. Tiada apa yang perlu saya kenangkan lagi,” katanya.

Sumber : Berita Harian Online