Bila
Mana
Dianjurkan oleh
Kategori :
  February 9th, 2018          |          Kategori : Terkini

Semakin Popular, Min Yasmin Bakal Lancar Album Solo Di Filipina

Selepas meletup dengan single ‘Sa iyo’ di Filipina pada tahun 2015, penyanyi Min Yasmin akhirnya bakal lancarkan album solo di sana.

Min Yasmin semakin popular di Filipina selepas melancarkan album duet ‘Two Voices’ gandingan bersama penyanyi dan pelakon popular di sana iaitu Nikki Bacolod.

61ah5cqoh6l-_sr600315_piwhitestripbottomleft035_sclzzzzzzz_

“Album itu berjaya menarik hati peminat-peminat di Filipina terutamanya lagi Saiyo di mana lagu itu berjaya menduduki carta radio-radio popular di sana.

Malah lagu itu berjaya mengekalkan kedudukan 10 teratas carta selama lebih dari 4 bulan berturut-turut.

Melalui album itu, Min telah berjaya membuat jelajah ke seluruh Filipina dan membuat pelbagai persembahan di sana termasuklah konsert.

Tidak mahu mensia-siakan populariti yang sedang diraih, Min memberanikan diri untuk melancarkan album penuh yang memuatkan 14 buah lagu di Filipina pada 22 Februari 2018 ini.

image

Bercerita mengenai album terbaru yang berjudul ‘Min Yasmin Pangarap’, album ini bakal memuatkan 14 buah lagu yang melibat 5 bahasa termasuklah Bahasa Melayu, Inggeris, Tagalong, Tausug dan Sama.

Komposer terkenal yang juga merupakan suami kepada Min iatu Julfekar bertanggungjawab menghasilkan lagu-lagu di dalam album ini.

whatsapp-image-2018-02-09-at-5-32-41-pm

Lebih membanggakan komposer terkenal dari Filipina iaitu Vehnee Saturno turut menyumbangkan 3 buah lagu untuk album terbaru Min.

“Alhamdulillah, respon peminat-peminat disini yang membuatkan Min begitu teruja untuk keluarkan album dan hasilkan lagu-lagu disini.

Inshaallah selepas ini kita akan teruskan dengan persembahan serta konsert demi konsert untuk mempromosikan album terbru ini kerana di sini jika artis lancarkan album baru, ia memang wajib untuk mengadakan konsert” jelasnya.

whatsapp-image-2018-02-09-at-5-32-29-pm-1

Melihatkan imej Min yang mengenakan turban, pasti ramai yang tertanya-tanya sejauh mana penerimaan masyarakat di Filipina terhadap imejnya.

“Alhamdulillah walaupun gaya hidup negara mereka lebih kebaratan, tapi mereka boleh terima imej min yg lebih ala-ala ‘headwrap’ ini kerana pada mereka ianya unik dan baru. Malah bila jalan di pusat membeli belah di sini Min dah mula nampak dah orang bukan muslim yang ikut nak pakai ala-ala Min”, ujarnya.

img_9570

Disebabkan sering dilihat berada di Filipina, ramai juga yang tertanya-tanya adakah Min sudah menetap terus di sana. Kata Min dia masih menetap di Malaysia.

“Inshaallah untuk menetap terus tu tak adalah tapi kita akan berulang alik ke Manila. Ibarat macam rumah kedua Min lah Filipina ni kerana lepas pelancaran album ini, Min akan terlibat dengan persembahan promosi seluruh Filipina sebagaimana kumpulan promosi kami telah aturkan”, jelasnya.

mwa_20171124_2_120to121_santai-1

Min turut berharap lagu-lagunya di Filipina ini nanti bakal dijadikan lagu tema drama-drama di sana sebagaimana lagu-lagu nyanyiannya yang sering menjadi lagu tema drama di Malaysia.

Pada pelancaran album Min Yasmin di Manila nanti, wartawan-wartawan dari Malaysia akan turut diterbangkan ke Manila untuk membuat liputan majlis pelancaran itu nanti.

SURIA ucapkan semoga berjaya kepada Min Yasmin dan terus mengharumkan nama Malaysia di luar negara dan semoga album Min berjaya dan dapat menambat hati peminat di Filipina dan juga Malaysia.