Bila
Mana
Dianjurkan oleh
Kategori :
  November 30th, 2017          |          Kategori : Terkini

Shaheizy Sam Hanya Makan Sayur Sekali Sehari

Pelakon berbakat besar, Shaheizy Sam mengakui beliau hanya makan sayur sehari sekali untuk mendapatkan bentuk badan yang kurus demi menjayakan watak dalam filem terbarunya Pinjamkan Hatiku.

Dalam filem itu, Sam yang membawakan watak Naufal iaitu seorang pemuda yang menghidap peyakit barah. Demi membawa karektor pesakit barah dengan berkesan, Sam sanggup menjalani diet ‘gila’.

screen-shot-2017-11-30-at-1-23-32-pm

Biarpun dilihat berjaya di dalam layar, namun Sam masih tidak berpuas hati. Katanya jika diberi lebih masa, pasti hasilnya lebih memuaskan.

“Saya cuma hanya ada masa kurang dari dua bulan untuk kuruskan badan. Sam terpaksa bekerja dua kali ganda lagi berat. Tetapi Sam sedikit kecewa kerana masih tak dapat berat yang Sam inginkan”, jelasnya.

Sam menjadikan pelakon Hollywood, Christian Bale sebagai rujukan. Untuk mendapatkan berat badan sebegitu, Sam hanya menjamah sayur salad sekali sehari.

screen-shot-2017-11-30-at-1-20-22-pm

“Saya hanya mengambil salad sekali sehari. Jika saya makan lebih dari sekali, saya rasa berdosa. Jika saya rasa betul-betul lapar saya hanya akan makan buah epal dan air kosong”, terangnya.

Kata Sam lagi, beliau juga terpaksa berlari selama satu jam sehari sebelum tidur untuk membakar lemak.

“Memang penat tapi nak tak nak biar saya sakit sekarang daripada saya sakit tengok diri Sam tak berjaya dalam filem ini”, luahnya.

screen-shot-2017-11-30-at-1-19-28-pm

SURIA memang tabik dengan pengorbanan Sam demi menjayakan watak dengan sempurna. Teringat pula dengan aktor Bollywood Aamir Khan yang turut mempunyai disiplin yang sama demi menjayakan sesuatu watak.

Jadi kepada peminat Shaheizy Sam jangan lepaskan peluang untuk menonton filem Pinjamkan Hatiku yang ditayangkan di pawagam bermula 30 November 2017.