Bila
Mana
Dianjurkan oleh
Kategori :
  June 13th, 2017          |          Kategori : Terkini

Sherry Ibrahim Dakwa Sering Difitnah ‘PA’ Artis Popular

Akibat tidak tahan sering difitnah, pelakon Sherry Ibrahim telah meluahkan perasaannya serta mendedahkan identiti individu yang didakwa sering menabur fitnah tentang dirinya di Instagram.

unnamedunnamed-1

Individu yang dipercayai pembantu peribadi kepada seorang pelakon lelaki popular yang juga bekas teman lelaki Sherry itu dikatakan sering menabur fitnah terhadapnya.

Menurut Sherry lagi, pembantu peribadi serta pelakon lelaki itu seakan-akan tidak boleh ‘move-on’ dengan apa yang telah terjadi terhadap mereka sebelum ini.

Sehinggakan pembantu peribadi itu akan pastikan sama ada kelibat Sherry akan muncul di majlis yang sama dengan artisnya untuk elakkan pertembungan empat mata berlaku.

Dalam satu komen balasnya Sherry telah menulis bahawa beliau bersyukur hubungannya telah berakhir dengan pelakon itu. Sherry juga meminta supaya orang tidak cepat menghakimi dirinya kerana mereka tidak tahu hal sebenar yang berlaku.

unnamed-2

Disebabkan status Sherry itu, ruangan komen di Instagramnya diserang bala tentera peminat fanatik pelakon lelaki itu dengan komen-komen negatif.

Mereka menyalahkan Sherry yang dikatakan cuba merosakkan reputasi artis kesayangan mereka.

Aduhai… Kan Sherry cakap dirinya sering difitnah. Lebih baik Kita doa yang baik-baik saja. Kenapa perlu komen yang bukan-bukan di Instagram Sherry?

Sherry walaubagaimanapun telah memadamkan status tersebut selepas dinasihatkan oleh peminat yang sayangkannya.

screen-shot-2017-06-13-at-11-53-42-am