Bila
Mana
Dianjurkan oleh
Kategori :
  April 10th, 2018          |          Kategori : Terkini

Suara Berubah, Aiman Tino Terkena Penyakit Misteri?

Sukar untuk menyanyi dan mengawal suara, malah suaranya sering hilang setiap kali mahu membuat persembahan, itulah yang sedang di alami oleh penyanyi remaja popular Aiman Tino.

Malah ketika membuat persembahan sewaktu Siaran Luar SURIA di Mydin Mall USJ Subang Jaya minggu lalu, suara Aiman juga kedengaran sedikit berubah.

Menurut Aiman perkara ini sudah terjadi kepadanya sejak dari bulan Jun tahun lalu. Malah sudah banyak kali dia merujuk kepada doktor pakar. Sewaktu menyertai peringkat separuh akhir Muzik Muzik tahun lalu Aiman telah mengambil dua suntikan untuk memulihkan suaranya.

“Sebenarnya sudah lama perkara ini berlaku, cuma Aiman tak mahu beritahu orang. Saya dah tawakkal guna cara perubatan doktor namun tidak jadi apa-apa juga. Insyaallah selepas ini saya akan merujuk kepada ustaz yang akan bantu saya untuk rawatan tradisional”, jelasnya.

Tambah Aiman lagi badannya sering sakit-sakit dan lemah. Malah jika dulu dia mampu untuk menyanyikan beberapa buah lagu dalam satu persemabahn , tetapi kini suaranya seakan sukar untuk melakukan sedemikian.

Ditanya adakah dirinya terkena ‘buatan’ orang yang cemburu dengan kejayaannya sedang sedang memuncak, kata Aiman dia cuba berfikir yang baik-baik.

“Saya cuma berfikir baik dan positif. Saya cuma tawakkal. Bila berada dalam industri ini, benda tak mustahil kalau ada orang nak buat. Cuma saya elak untuk berfikir siapa yang buat, saya cuma nak pulihkan diri saya”, ujarnya.

SURIA doakan semoga Aiman Tino kembali pulih seperti biasa. Tidak semua yang akan senang dengan kejayaan yang kita kecapi. Aiman pula masih muda dan banyak kejayaan yang sudah dikecapi termasuklah tersenarai dalam Malaysia Book Of Records.

Tak sabar nak tengok Aiman Tino sebagai pelakon dalam drama popular Mak Cun 4 yang telah pun bersiaran. Mesti meletop!