Bila
Mana
Dianjurkan oleh
Kategori :
  February 13th, 2018          |          Kategori : Terkini

SURIA Rai Hari Radio Sedunia Di Petronas NKVE

Sempena dengan hari radio sedunia yang disambut setiap 13 Februari, SURIA telah meraikan hari ini dengan pendengar-pendegar SURIA di stesen minyak Petronas NKVE arah Damansara.

whatsapp-image-2018-02-13-at-11-18-50-am-4

Bermula jam 6.30 pagi, penyampai-penyampai SURIA Pagi iaitu Zulin Aziz, Fizi Ali dan Rara (Sheira)  serta penyampai SURIA yang lain seperti DJ Lin, Tyzo dan Suraya telah berkumpul di stesen minyak Petronas NKVE arah selatan untuk mengedarkan sarapan percuma kepada 100 pengunjung yang pertama.

whatsapp-image-2018-02-13-at-11-18-50-am-2

Bukan itu sahaja, SURIA turut memberikan barangan-barangan eksklusif SURIA sebagai cenderahati kepada pegunjung.

whatsapp-image-2018-02-13-at-11-18-50-am-5

Menurut pengurus program SURIA iaitu DJ Lin, untuk tahun 2018 SURIA cuba untuk tampilkan kelainan dengan membawakan penyampai penyampai SURIA untuk turun padang berjumpa dengan pendengar di lokasi-lokasi yang memainkan radio SURIA.

whatsapp-image-2018-02-13-at-11-50-24-am-1

“Aktiviti kita pada pagi ini sangat meriah dan dasyat dengan sambutan yang hebat. Inilah senario yang sebenar terjadi apabila kita bersiaran di luar konti”, jelas DJ Lin.

Melihatkan sambutan yang begitu menggalakkan, ramai pendengar-pendegar SURIA di negeri-negeri lain turut meminta SURIA turun ke lokasi berdekatan mereka.

whatsapp-image-2018-02-13-at-11-18-50-am-3

“Ramai yang komen di Facebook tanya kenapa tidak buat di tempat mereka. Inshaallah jika ada cadangan yang baik dari pendengar-pendengar di mana lokasi yang paling sesuai untuk SURIA membuat siaran luar kita akan pergi ke sana”, ujarnya.

whatsapp-image-2018-02-13-at-11-18-50-am

Memang tidak dinafikan kemeriahan serta sambutan hangat yang diterima apabila kesemua pengunjung yang datang begitu gembira dapat bertemu dengan penyampai-penyampai SURIA kesayangan mereka serta dapat menikmati sarapan percuma.

whatsapp-image-2018-02-13-at-11-18-50-am-1

Terima Kasih SURIA ucapkan kepada semua yang hadir memeriahkan hari radio sedunia bersama SURIA. Jika ada rezeki kita akan berjumpa lagi.