Bila
Mana
Dianjurkan oleh
Kategori :
  August 9th, 2017          |          Kategori : Terkini

Tangisan Elizabeth Tan

Penyanyi yang kini bergelar pelakon, Elizabeh Tan mengakui bahawa beliau mengalami tekanan emosi yang hebat beberapa bulan lepas.

Menurut Elizabeth atau lebih mesra dipanggil Lizzy ini, ada pelbagai masalah yang berlaku dalam hidupnya sehingga mengganggu emosi. Salah satu daripadanya adalah hubungan cintanya yang terputus ditengah jalan.

 

screen-shot-2017-08-09-at-12-08-51-pm

Malah pernah suatu ketika wanita tinggi lampai ini pernah terfikir untuk mengakhiri hidupnya.

“Saya pernah rasa yang saya tiada tujuan dalam hidup. Pada masa itu saya terpikir, kita semua akan mati tidak kira apa pun, jadi kenapa saya perlu melalui segala keperitan itu sekarang”, luahnya.

screen-shot-2017-08-09-at-12-06-15-pm

Namun mujur Lizzy mempunyai sahabat yang banyak memberi nasihat kepadanya supaya tabah dan kuat menjalani hidup.

“Kawan saya menasihati, apa yang saya lalu sekarang hanyalah untuk sementara”, katanya sambil mengalirkan air mata.

Tambah Lizzy lagi, pernah satu tahap dia sudah tidak mengenali siapa dirinya lagi. Malah dia pernah membelakangkan keluarga serta kepercayaannya.

screen-shot-2017-08-09-at-12-10-24-pm

Tapi kini Lizzy bangkit untuk meneruskan kehidupan. Malah wanita jelita ini kini mahu lebih fokus dalam bidang lakonan yang diminatinya sejak dari dulu.

screen-shot-2017-08-09-at-12-03-51-pm

Lizzy ditemui sewaktu pelancaran lagu terbarunya bertajuk Darling yang turut menjadi lagu tema drama lakonannya My Darling Inspektor Daniel yang disiarkan di Astro Ria.

screen-shot-2017-08-09-at-12-03-32-pm

Menariknya mengenai lagu Darling ini, Lizzy hanya mengambil masa selama 30 minit sahaja untuk mencipta lirik dan melodinya sewaktu berada di dalam teksi.

Semoga Lizzy tabah menjalani kehidupan di dunia ini. Betapa pentingnya sokongan moral dari keluarga dan sahabat supaya dapat membimbing kita meniti kehidupan yang serba mencabar ini. Jangan salah pilih kawan okay!

 

Untuk lebih banyak cerita sensasi, klik di sini.