Bila
Mana
Dianjurkan oleh
Kategori :
  December 7th, 2017          |          Kategori : Trending

Tawaran 1.1 Juta Untuk Penggal Kepala Deepika Padukone

Bintang Bollywood Deepika Padukone telah dipaksa untuk membatalkan penampilannya dalam satu majlis selepas seorang ahli politik dari parti pemerintah India menyeru agar kepalanya dipenggal.

Surajpal Amu, penyelaras utama media untuk Parti Bharatiya Janata (BJP), parti pemerintah India, menawarkan wang tunai £ 1.1 juta hadiah kepada sesiapa yang berjaya memenggal kepala aktres popular Bollywood itu bersama dengan pengarah Sanjay Leela Bhansali.

screen-shot-2017-12-07-at-1-14-26-pm

Ini kerana filem Padmavati yang dilakonkan Deepika di bawah arahan Sanjay telah mencetuskan kontroversi dan menyebabkan protes di seluruh India.

Mereka mendakwa filem itu menggambarkan kehidupan Ratu Hindu abad ke 14 yang telah dimanipulasikan faktanya tentang kisah cinta antara Padmavati dan Raja yang beragama Islam.

screen-shot-2017-12-07-at-1-15-44-pm

Walaupun pengarah Sanjay Leela Bhansali mendesak plot itu tidak mengandungi kisah cinta seperti itu, tindak balas menjadi begitu besar sehingga koordinator media untuk parti Perdana Menteri Narendra Modi menyeru memenggal kepala Bhansali dan Deepika.

Deepika telah dipaksa untuk membatalkan penampilan pada sidang kemuncak keusahawanan global yang diadakan di bandar Hyderabad dan dihadiri oleh Ivanka Trump.

Berikutan protes yang amat dasyat itu, filem yang sepatutnya ditayangkan kepada umum pada 1 Disember lalu terpaksa ditangguhkan tayangannya.

Ramai bintang Bollywood yang memberi sokongan kepada Deepika serta mengutuk ugutan yang diberikan kepadanya.

Semoga segala kemelut yang melanda dapat diselesaikan dengan selamat tanpa ada sebarang kejadian yang tidak diingini.

Sumber : Metro.co.uk