Bila
Mana
Dianjurkan oleh
Kategori :
  January 12th, 2018          |          Kategori : Buletin

Temui Kumpulan Armada di Quill City Mall

whatsapp-image-2018-01-10-at-11-09-40-pm

Kami di Suria yakin pasti ramai yang tahu dan menyukai lagu berhantu Asal Kau Bahagia dendangan kumpulan Armada dari Indonesia.

Ramai juga artis Malaysia yang sudah membuat ‘cover’ lagu ini dan menyanyikan semula di acara-acara hiburan serta memuatnaik di laman media sosial mereka.

Dan kami ada berita baik buat peminat lagu serta kumpulan ini.

Hujung minggu ini kumpulan Armada yang berasal dari Palembang ini akan berada di Quill City Mall Kuala Lumpur untuk sesi ramah mesra atau ‘meet and greet’ bersama peminat mereka di Malaysia.

Jadi sekiranya anda ingin menyaksikan mereka secara langsung inilah peluang anda untuk bertemu mereka!

Pastikan anda tidak melepaskan peluang untuk bertemu kumpulan Armada di Quill City Mall dari jam 3 hingga 5 petang pada Ahad 14 Januari ini.

Kita jumpa di sana OK!