Bila
Mana
Dianjurkan oleh
Kategori :
  October 12th, 2017          |          Kategori : Buletin

Temui Selebriti Dan Rebut Peluang Menang RM50,000 Di VEST 2017!

 

whatsapp-image-2017-10-11-at-5-40-41-pm

Kemuncak program Karnival Vest bakal disempurnakan dengan majlis penyampaian hadiah pertandingan serta anugerah keusahawanan pada malam Gala VEST oleh YAB Perdana Menteri.
Juara bakal membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM25,000 diikuti RM15,000 bagi naib juara dan RM10,000 untuk tempat ketiga.

Pertandingan akan berlangsung di Dewan Canselori Tun Abdul Razak (DECTAR) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi.
Dalam masa sama, orang ramai dan mahasiswa dijemput hadir untuk memeriahkan Karnival dan Malam Gala VEST yang berlangsung di perkarangan DECTAR bermula seawal jam 9 pagi.

Antara aktiviti menarik yang menanti pengunjung adalah seperti  ‘Jom Fit Bersama Kevin Zahri’ , persembahan ‘buskers’, pertunjukan multimedia & animasi, pertandingan fotografi, videografi, grafiti, pencarian model,  permainan League gaming oleh Kitamen dan sesi beramah mesra bersama selebriti serta persembahan artis
yang terdiri daripada Wany Hasrita, Izzue Islam, Heliza Helmi, Fizo Omar, Faizal Ismail, Mawar Karim, dan Datuk Dr Izhar Arif.

Ada juga  cabutan bertuah, ‘Biz talk’ bersama Fizo Omar dan Ustaz Dato Dr Izhar Arif.

Sepuluh pasukan mara ke final “Varsity Entrepreneurship Skills & Talents 2017” (VEST 2017), program pertandingan keusahawanan mahasiswa antara institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta Ahad, 15 Oktober ini.

Bagaimanapun hanya tiga kumpulan terbaik berpeluang membentangkan idea perniagaan mereka di hadapan YAB Perdana Menteri, Datuk Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak sekaligus merebut gelaran juara pada malam gala tersebut.

Sepuluh kumpulan yang layak ialah daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Teknologi Petronas (UTP), Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dan Universiti Tenaga Nasional (UNITEN).

25a4d94b-64b4-468a-9ac5-949bbdea9b6f
Turut tidak ketinggalan Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Multimedia Malaysia (MMU) dan Universiti Selangor (UNISEL).

VEST 2017 merupakan inisiatif Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) bersama Perbadanan Nasional Berhad (PNS). Ia adalah salah satu program Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) dan pemacu kepada Transformasi Nasional 2050 (TN50).

Sebanyak 437 kumpulan IPT menyertai VEST 2017, membabitkan hampir 1700 mahasiswa.

Dalam tempoh 6 bulan peserta VEST didedahkan dengan teknik-teknik terkini jualan, pemasaran, penjenamaan, komunikasi berkesan, membina rangkaian francais dan perancangan kewangan kepada mahasiswa sebagai persediaan memulakan langkah sebagai usahawan.

Melalui program VEST 2017, mahasiswa juga berpeluang merebut tawaran yang diberikan oleh agensi-agensi di bawah KPDNKK seperti Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Bank Rakyat, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).

Untuk maklumat lanjut sila layari http://www.pns.com.my/vest-online-registration/ atau hubungi +6017 3004 834 / +6019 5533 967.

Juga ikuti laman sosial VEST MALAYSIA di :
• https://www.facebook.com/vestmalaysia/
• https://www.instagram.com/vest_malaysia/
• https://twitter.com/vestmalaysia
• https://www.youtube.com/channel/UCVLu2aqHEjbKB_8MB0rzEzA/videos