Bila
Mana
Dianjurkan oleh
Kategori :
  June 19th, 2017          |          Kategori : Trending

Terlajak Curi

Belum pun reda kes curi yang melibatkan pembantu rumah pengusaha kosmetik terkenal Dato Aliff Syukri, beliau sekali lagi ditimpa nasib malang apabila hartanya dicuri lagi.

Sebelum ini tular di media sosial apabila Dato Aliff memuatnaik video beliau sedang memarahi pembantu rumahnya yang ditangkap mencuri.

Walaubagaimanapun Dato Aliff telah memaafkan pencuri berkenaan dan tidak melaporkannya ke pihak berkuasa.

Namun kebaikan ‘abang terlajak laris’ itu dipersia apabila pembantunya ‘naik tocang’ mencuri lagi.

screen-shot-2017-06-19-at-12-35-56-pm

Kali ini wang tunai, jam tangan serta cincin bernilai RM100,000 lesap dikebas tiga pembantunya bersama seorang tukang kebun. Bukan itu sahaja, telefon bimbit beliau juga turut dikebas.

Dato Aliff yang benar-benar sedih dengan kejadian itu telah tekad untuk melaporkannya di balai polis.

screen-shot-2017-06-19-at-12-34-14-pm

Tindakannya itu mendapat sokongan ramai kerana selepas apa yang berlaku, pembantunya seakan tidak mengambil iktibar dan cuba memperdayakan beliau sekali lagi.