Bila
Mana
Dianjurkan oleh
Kategori :
  September 13th, 2017          |          Kategori : Popular

Ahmad Idham Mengaku Tonton Video Lucah Tanpa Sengaja

Nama pelakon, pengarah dan penerbit, Ahmad Idham agak panas sejak kebelakangan ini.

Belum pun reda isu filem Pencuri Hati Mr Cinderella tidak laku, kini timbul pula isu baru dimana Idham dikatakan LIKE video lucah di Twitter.

Namun Idham tidak melatah dengan dakwaan netizen kononnya dia menonton video lucah di laman sosial. Katanya ia bukan sesuatu perkara yang mustahil.

screen-shot-2017-09-13-at-1-16-27-pm

“Perkara itu tidak mustahil kerana zaman sekarang kita terlalu terdedah dengan penggunaan internet. Kadang-kadang ada sahaja orang hantar pautan yang bukan-bukan kepada kita.

Bohonglah kalau saya kata saya tidak pernah tengok video lucah. Tapi ia bukan saya yang mencari video seperti itu sebaliknya ada sahaja individu yang hantar bukan-bukan di laman sosial kita. Bila buka, rupa-rupanya ia kandungan yang tidak senonoh”, jelasnya.

Kata Idham lagi, dia tidak menolak jika ada pihak yang kurang senang bertindak menggodam laman sosial miliknya.

“Saya baru tahu mengenai perkara ini dan malas nak layan. Sekarang banyak cara orang nak malukan kita. Sedangkan gambar pun mereka boleh sunting, apatah lagi benda-benda seperti itu”, katanya.

Idham turut meminta supaya orang ramai tidak melayan isu remeh temeh yang tidak mendatangkan kebaikan atau faedah.

Sumber : MStar Online (Terima Kasih Mstar)