Bila
Mana
Dianjurkan oleh
Kategori :
  May 19th, 2017          |          Kategori : Buletin

The Circle Gambaran Realiti Yang Mungkin Terjadi

m-433_tc_still_00539743

Memang banyak filem zaman sekarang yang diadaptasikan dari novel-novel popular. Terbaru, filem The Circle arahan James Ponsoldt merupakan satu lagi filem yang diadaptasi dari sebuah novel, nukilan Dave Eggers.

m-509_sg_26_15

Filem yang dibintangi oleh dua nama besar Hollywood iaitu Tom Hanks dan Emma Watson ini memberikan gambaran tentang realiti masa kini yang agak obses dengan media sosial dan teknologi. Namun, ia menunjukkan kemungkinan yang bisa terjadi sekiranya manusia melampaui batas-batas etika dan peribadi dalam menggunakan media sosial.

m-503_sg_10__15

Kami di Suria yakin bahawa pasti ramai yang dapat merasai atau mungkin pernah melalui beberapa adegan yang dialami oleh watak Mae Holland lakonan Emma Watson yang tenggelam dalam dunia media sosialnya sendiri kala dia bersetuju untuk memaparkan kehidupan hariannya lewat internet.

m-436_tc_still_00541450rv1

Biarpun jalan ceritanya agak mudah, namun mesej yang ingin disampaikan dalam filem ini sangat jelas. Sekiranya anda ingin melihat kemungkinan yang boleh berlaku jika kita tidak bijak menggunakan lingkaran dan jaringan media sosial, barangkali anda akan menyukai filem ini.

The Circle sudah mula ditayangkan di semua pawagam seluruh Malaysia.