Bila
Mana
Dianjurkan oleh
Kategori :
  December 7th, 2017          |          Kategori : Buletin

The Wonder Biasan Sebenar Masyarakat

whatsapp-image-2017-12-07-at-11-39-34-am

Hujung tahun menyapa pencinta filem dengan pelbagai tayangan gambar menarik untuk tontonan seisi keluarga.

Terbaru, filem dengan nilai kehidupan berjudul The Wonder nampaknya bakal menjadi sebuah filem yang popular.

w_d15_02524_lola_v001_r

The Wonder mengisahkan kehidupan August Pullman, yang lebih mesra dipanggil Auggie, seorang kanak-kanak yang terpaksa memasuki sekolah rendah untuk kali pertama dalam hidupnya setelah lama disekolahkan oleh ibunya sendiri di rumah.

w_d03_00499_lola_v001_c

Namun Auggie terpaksa hidup dengan raut wajah muka yang berbeza daripada manusia lain. Ini kerana Auggie telah dilahirkan dengan satu kondisi gen yang jarang ditemui. Gara-gara kondisi tersebut, mukanya telah dibedah sejak hari kelahirannya dan dia terpaksa hidup dengan paras rupa yang kurang disenangi oleh masyarakat secara umum.

w_d27_04801_lola_v001

Malah, Auggie sendiri mempunyai masalah keyakinan diri dan menganggap dirinya hodoh kerana sering dibuli dan mendapat pandangan sinis orang awam. Lebih menyedihkan lagi dia sering bersembunyi dari dunia luar dengan memakai helmet angkasawannya yang dia terima sebagai hadiah hari natal daripada sahabat karib kakaknya sewaktu kecil.

w_d06_00877_lola_v001_c

Jadi jalan cerita filem ini berkisar pandangan orang yang rapat dalam hidupnya dan bagaimana mereka menjalani kehidupan harian dengan adanya Auggie dalam hidup mereka.

Biarpun filem ini sebenarnya merupakan kisah rekaan sebuah novel, ia berjaya diterjemahkan ke layar lebar dengan begitu baik. Malah, tidak salah jika kami di Suria mengatakan yang ia adalah biasan sebenar masyarakat hari ini dalam berhadapan dengan orang yang berbeza.

w_d17_03061

Ada babak-babak yang menggembirakan dan sudah tentu ada juga babak yang memilukan. Sekiranya yang menonton terdiri daripada golongan ibubapa yang mempunyai anak (lebih-lebih lagi jika mempunyai anak dengan kelainan upaya atau istimewa), pasti akan lebih tersentuh dan berasa sebak saat menonton kisah ini.

Kami di Suria mengesyorkan supaya anda semua menonton filem ini untuk mengingatkan kita tentang dunia sekeliling dan penerimaan manusia terhadap ajnas perbezaan yang wujud dalam kehidupan harian. Selain itu filem ini juga diterajui pelakon terhebat Hollywood seperti Julia Roberts dan juga Owen Wilson.

The Wonder sudahpun ditayangkan di semua pawagam seluruh Malaysia bermula 7 Disember 2017.