Bila
Mana
Dianjurkan oleh
Kategori :
  April 21st, 2017          |          Kategori : Popular

Tindakan Fasha Sandha Mandikan Anak Kucing Dihentam Netizen

Semalam, aktres jelita Fasha Sandha telah berkongsi di Instagram miliknya video beliau sedang memandikan beberapa ekor anak kucing bersama dengan anak lelakinya Rayfal.

Walaubagaimanapun, ruangan komen video itu dipenuhi dengan kecaman netizen yang rata-rata tidak berpuas hati dengan cara Fasha mandikan anak-anak kucing itu.

fasha1

Ramai netizen mengatakan cara Fasha agak kasar untuk diperlakukan sebegitu rupa terhadap anak kucing, malah ada netizen yang menjadi murung selepas melihat video itu kerana tidak sampai hati melihat haiwan comel itu dilakukan sebegitu.

fasha2fasha3fasha4fasha5Namun Fasha tetap mempertahankan dengan tindakannya, kerana itu adalah cara yang sama beliau mandikan kesemua kucing kucingnya sebanyak 14 ekor itu dan katanya, belum ada lagi kucing kucingnya yang mati dan sakit dengan caranya itu.fasha6fasha7Seperti yang semua tahu, Fasha memang seorang yang sangat sayangkan kucing. Malah sebelum dari mempunyai anak lagi Fasha sudah membela beberapa ekor kucing.

Mungkin setiap orang ada cara mereka tersendiri dalam menjaga kucing sama juga macam setiap orang mempunyai cara yang berlainan dalam menjaga anak.

Namun setiap komen dan nasihat yang baik harus diambil dan dijadikan panduan kerana kami di SURIA percaya, ramai dikalangan peminat Fasha merupakan pencinta kucing dan mereka prihatin dengan tindakan Fasha.