Bila
Mana
Dianjurkan oleh
Kategori :
  September 7th, 2017          |          Kategori : Terkini

Transformasi Aman Aziz (AF)

Bekas naib juara Akademi Fantasia 2014 Aman, yang kini lebih dikenali sebagai Aman Aziz telah melakukan tranformasi dalam imejnya.

screen-shot-2017-09-07-at-11-55-39-am

Kini Aman mahu dikenali sebagai penyanyi lelaki yang mengenakan solekan pada wajah untuk tampil berbeza dengan penyanyi yang sedia ada di Malaysia.

screen-shot-2017-09-07-at-11-52-54-am

Menurut Aman, perubahan imej ini juga merupakan tanda kematangan dirinya. Perubahan dari segi penampilan yang agak drastik (imej bersolek) bukan sekadar mencari kelainan tetapi juga membuktikan keseriusan Aman dalam bidang muzik iaitu satu bidang yang kreatif menurut dirinya.

screen-shot-2017-09-07-at-11-50-35-am

“Saya merasakan kalau punya suara yang bagus dan lagu yang baik, belum tentu menjamin untuk seseorang penyanyi itu dikenali. Seorang artis perlu lebih berani, berupaya menjadi individu yang unik dan tampil “statement” di khalayak ramai supaya diingati. Menjadi ‘Trendsetter’ dalam berkarya dan penampilan itu antara resipi kejayaan ramai artis-artis ternama”, ujarnya.

screen-shot-2017-09-07-at-11-50-16-am

Aman juga mengambil penyanyi antarabangsa, Lady Gaga sebagai contoh seorang artis yang berani tampil dengan imej yang pelik dan menggila tetapi berjaya memahat namanya sebagai antara penyanyi yang paling popular di dunia.

screen-shot-2017-09-07-at-11-50-24-am

Ditanya adakah beliau tidak takut dikecam oleh netizen kerana membawa imej bersolek, katanya tiada apa perlu dibimbangkan kerana dia bukan mengenakan solekan cantik menyerupai wanita.

“Solekan ini berkonsep komik dan pop art bukannya solekan cantik. Saya mahu mendidik umum terdapat pelbagai jenis solekan masih mengekalkan ciri maskulin seorang lelaki dan ia tidak semestinya untuk golongan hawa saja”, jelasnya.

screen-shot-2017-09-07-at-11-52-25-am

Dalam perkembangan lain, Aman tampil dengan single terbaru berjudul Sulit ciptaan Asfan dan lirik oleh Fedtri Yahya.

“Judul ‘Sulit’ itu lebih kepada metafora dimana kesukaran seseorang untuk “move on” dari cintanya. Walaupun dia tahu adalah mustahil untuk bersama dan perpisahan itu lebih baik, namun cinta tetap besar buat mantan kekasih. Kadang kerana cinta seseorang lebih rela disakiti daripada hilang seseorang yang membahagiakan mereka. Begitulah tafsiran saya mengenai lagu ini.

Kalau dapat dilihat melalui lirik video sulit, saya berada dalam keadaan badan dan tangan terikat besi, yang menjadi simbolik kepada kepayahan saya untuk membebaskan diri”, jelasnya.

screen-shot-2017-09-07-at-11-50-47-am

Single terbaru ini juga agak berlainan dengan lagu-lagu terdahulu Aman seperti Without You dan Layang-layang yang lebih berirama ‘easy listening’.

“Untuk single terbaru ini, saya beralih kepada irama progresif sebagai percubaan baru sekaligus mempamerkan kematangan dalam nyanyian. Jurang muzik diantara single pertama dan kedua dengan ketiga ini agak jauh berbeza dan kerana itu saya merasakan perlu melakukan perubahan yang sedikit drastik pada penampilan saya”.

screen-shot-2017-09-07-at-11-52-01-am

Tahniah Suria ucapkan kepada Aman dia atas pelancaran single terbaru dan semoga imej terbaru Aman bakal diterima ramai.

 

Untuk lebih banyak cerita sensasi, klik di sini.