Sempena dengan sambutan Hari Guru  yang disambut setiap 16 Mei, SURIA senaraikan guru-guru yang pernah tular kerana ketampanan mereka.

1. Cikgu Muzaimi (IG : @Jimmyjejai)

Memiliki wajah yang kacak serta tubuh yang ‘sado’, hati pelajar mana yang tidak cair melihat fizikal cikgu sukan ini. Menggunakan nama Jimmyjejai di Instagram, Cikgu Muzaimi memiliki lebih dari 10 ribu pengikut di Instagram.

2. Cikgu Wan Mohd Khairi (IG : @VNKery)

Menggunakan nama VNKery di Instagram, Cikgu Khairi menjadi tular di media sosial bukan sahaja kerana keterampilannya yang menarik, tetapi sifatnya yang penyayang serta merupakan seorang guru di sekolah orang asli, menjadikan Cikgu Khairi disayangi ramai. Bukan itu sahaja, telatahnya bersama anak lelakinya juga sering mencuri tumpuan para netizen.

3.Cikgu Aziram Zakaria (IG : MR__az92)

Ketampanan wajahnya tidak dapat disangkal lagi. Sering dikaitkan memiliki rupa paras persis seorang artis, guru yang berasal dari Kelantan ini merupakan petugas di Sekolah Kebangsaan Jenis Cina di Kepong. Memiliki pengikut Instagram seramai 124 ribu sudah menjelaskan betapa popularnya Cikgu Az di kalangan pelajarnya dan netizen.

4. Cikgu Hafizi (IG: @Iamhafizihamizi)

Melihat kepada wajahnya, bagai tidak percaya bahawa beliau merupakan seorang guru. Memiliki wajah jambu persis model, Cikgu Fizi merupakan guru di sekolah rendah. Selain memiliki rupa paras yang kacak, Cikgu Fizi juga merupakan seorang yang sangat berbakat dalam melukis.

5. Cikgu Syahizam Zameer (IG : @Chikocullen)

Guru kacak yang berasal dari Ampang ini merupakan guru Bahasa Inggeris di Sekolah Kebangsaan Lembah Jaya Ampang. Sempat tular gara-gara wajahnya disalahguna oleh sebuah portal gara-gara satu surat cinta dari seorang murid menjadi tular di media sosial. Bersenam di gimnasium merupakan hobi Cikgu Zameer jadi tidak hairanlah kenapa beliau memiliki tubuh yang kekar.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!