Bila
Mana
Dianjurkan oleh
Kategori :
  February 13th, 2018          |          Kategori : Popular

Ubah Lagu Punca Potong Markah – Ketua Juri AJL32

Anugerah Juara Lagu edisi ke 32 (AJL32) telah pun melabuhkan tirainya Ahad malam lalu dimana lagu Jampi nyanyian Hael Husaini telah dinobatkan sebagai juara.

Ketua juri pada malam iaitu Azmeer telah menjelaskan kenapa lagu Jampi telah dipilih oleh juri sebagai juara lagu edisi kali ini.

whatsapp-image-2018-02-13-at-12-16-07-pm

Kata Azmeer sewaktu ditemui di sidang media sejurus selepas tamat AJL32, lagu Jampi mempunyai aura serta impak yang begitu kuat di Malaysia.

“Melodi lagu Jampi sangat indah dimana semua orang boleh menyanyi lagi itu. Penyampaian Hael juga snagat baik. Dia banyak peningkatan. Ianya tidak mudah untuk menggunakan perkataan ‘Jampi’ untuk menjadi sebuah lagu.

Secara asasnya lagu itu sedap didengar, disampaikan dengan begitu bagus, susunan muzik yang bagus dan keberkesan impak lagu itu kepada masyarakat sangat tinggi”, jelasnya.

whatsapp-image-2018-02-13-at-12-24-19-pm

Azmeer turut menjelaskan kenapa ada lagu-lagu lain yang tidak berjaya untuk mendapat sebarang tempat di AJL32 kali ini.

“Ada artis-artis yang mengubah gubahan lagu. Apabila gubahan lagu diubah terlalu banyak ia menurunkan momentum, klimaks serta keindahan lagu itu.

Kegemilangan lagu itu agak hilang apabila ia diubah dan disitu markah dipotong. jadi sayangnya perubahan yang agak ketara 60-70 peratus perubahan agak menyedihkan kerana ia kurang originaliti yang menyebabkan lagu itu hits sepanjang tahun.

Tetapi walaubagaimanapun tidaklah terlalu kejam untuk memotong markah banyak-banyak”, ujarnya.

whatsapp-image-2018-02-12-at-2-13-59-pm-1

Dengan penjelasan ketua juri itu, sudah jelas kenapa lagu kegemaran anda ada yang tidak berjaya memenangi sebarang anugerah pada malam itu.

Namun jangan berputus asa, adat dalam pertandingan ada yang menang dan ada yang kalah. Cuba lagi pada AJL edisi ke 33.