Bila
Mana
Dianjurkan oleh
Kategori :
  April 13th, 2018          |          Kategori : Terkini

Umie Aida Kesal Filem Dukun Dicetak Rompak

Pelakon utama filem sensasi Dukun iaitu Umie Aida meluahkan rasa kesal di Instagram beliau apabila filem Dukun telah dicetak rompak biarpun baru seminggu ditayangkan di pawagam.

Filem Dukun menjadi ‘trending’ apabila berjaya mengutip RM6.2 juta hanya dalam masa empat hari tayangan.

Dalam kapsyen yang ditulis oleh Umie, beliau meminta supaya orang ramai memboikot gejala cetak rompak. Katanya lagi kuasa untuk memboikot hanya ada di tangan pengguna.

screen-shot-2018-04-13-at-1-01-46-pm

Umie turut meluahkan kerisauannya jika situasi ini terus berterusan, apa yang akan terjadi kepada filem-filem yang akan datang.

Tak sangka di era yng serba moden ini masih ada lanun cetak rompak yang masih berleluasa. Cukup-cukuplah makan duit haram. Tak kesian ke dengan penggiat seni yang bertungkus lumus mengerah keringat untuk menyiapkan sesuatu naskah?