Bila
Mana
Dianjurkan oleh
Kategori :
  February 13th, 2018          |          Kategori : Trending

Video Aku Cinta Versi AJL32 Trending Di YouTube

Persembahan lagu Aku Cinta nyanyian Syamel dan Ernie Zakri sewaktu Anugerah Juara Lagu ke 32 (AJL32) telah mendapat jumlah tontonan hampir 1 juta tontonan di YouTube dalam masa 2 hari.

Ternyata paduan suara serta persembahan yang memukau telah berjaya menjadikan lagu nyanyian mereka popular sejurus tamat AJL32.

Tidak hairanlah jika persembahan yang dikatakan sempurna itu berjaya membuatkan kedua mereka memenangi Anugerah Vokal Terbaik.

Rata-rata netizen yang menonton meninggalkan komen positif dan memberitahu bahawa mereka masih tidak boleh ‘move on’ dengan persembahan Syamel dan Ernie.

Di media sosial juga tidak putus-putus ucapan tahniah kepada mereka berdua termasuklah dari para selebriti tempatan.

Tahniah SURIA ucapkan kepada Syamel dan Ernie. Semoga kalian berdua menghasilkan lebih banyak lagi lagu-lagu yang sedap.

 

Kredit Foto :  IG @kakifoto_