Bila
Mana
Dianjurkan oleh
Kategori :
  April 11th, 2018          |          Kategori : Terkini

Wany Hasrita Sudah Bersedia Jatuh Bangun Sebagai Usahawan

Penyanyi Wany Hasrita mengorak selangkah ke hadapan apabila dia kini bergelar seorang usahawan.

Baru memasuki tahun kedua sebagai anak seni, Wany sudah berani untuk keluar dengan produk di bawah jenamanya sendiri.

screen-shot-2018-04-11-at-12-54-37-pm

“Sebenarnya idea untuk mengeluarkan Jellyta ini timbul sewaktu saya sedang lapar. Sewaktu itu saya terfikir alangkah bagusnya jika makanan yang saya sedang makan itu merupakan sesuatu yang akan memberikan manfaat sebagai contoh buah kurma.

Maka terhasillah Jellyta iaitu sejenis jeli yang mangandungi makanan sunnah yang bagus untuk kesihatan dan kecantikan dalaman”, jelasnya.

Tambah Wany lagi, dia sudah bersedia untuk menghadapi jatuh bangun dalam dunia perniagaan terutamanya harus berdepan dengan individu yang akan cuba mencari kesalahan di media sosial.

“Saya adalah graduan sains medik. Sejujurnya saya bukanlah pakar nutrisi tetapi saya ada ramai rakan dari bidang ini. Saya tahu tentang penyakit-penyakit, dan pakar nutrisi ini tahu makanan apa yang sesuai. Saya juga ada minta pendapat dari doktor di universiti saya belajar.

Di kotak produk saya juga sudah tertulis bahan-bahan apa yang digunakan. Pengguna boleh membuat kajian sendiri berdasarkan maklumat yang tertera. Produk saya juga mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia”, ujarnya.

Menjadikan usahawan popular Puteri Zarith sebagai idola dan mentor, Wany juga sangat terbuka untuk menerima pendapat dari orang ramai untuk tujuan penambahbaikan produknya.

Dalam perkembangan lain, Wany bakal muncul dengan lagu raya ciptaan Pak Ngah yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.

Tahniah SURIA ucapkan kepada Wany Hasrita di atas pelancaran produk kesihatan Jellyta. Agak-agak kalau minum jadi jelita macam Wany Hasrita tak?

 

Sumber Foto : Kaki Foto