Bila
Mana
Dianjurkan oleh
Kategori :
  January 9th, 2017          |          Kategori : Buletin

Yusry KRU Beritahu Tentang Imbasan Jantina Anak Keduanya

Pasangan suami isteri yang sangat romantik, Lisa Surihani dan Yusry Abdul Halim yang bakal menimang cahaya mata kedua bulan April tahun ini menjelaskan bahawa mereka sudah membuat imbasan kehamilan dan mengetahui jantina anak mereka yang bakal lahir ini. 

Walau bagaimanapun, menurut Yusry, mereka mengambil pendekatan untuk tidak berkongsi jantina tersebut kerana ingin ia menjadi rahsia buat masa kini. 

“Imbasan jantina sudah pun dibuat tetapi biarlah ia menjadi rahsia terlebih dahulu buat masa ini.”

Pada masa yang sama, Yusry memaklumkan bahawa isterinya lebih tenang melalui pengalaman mengandung anak keduanya yang kini sudah pun memasuki bulan keenam. 

Menurutnya lagi, pengalaman kehamilan pertama sebelum ini banyak membantu isterinya untuk lebih bertenang dan menikmati detik-detik indah sebelum bersalin. 

“Alhamdulillah kandungan Lisa sudah pun memasuki bulan keenam dan setakat ini semuanya berjalan lancar dan lebih mudah. Lisa lebih tenang dengan kandungan kedua ini mungkin kerana sudah ada pengalaman dengan anak pertama sebelum ini.”

Semoga Lisa dan bayi dalam kandungan dalam keadaan sihat ye. Tak sabar nak tengok anak kedua pasangan ini, mesti cantik dan kacak sama seperti ibu dan ayahnya juga.

 

It’s Cuddles Snuggles Slumbers at the stroke of New Year’s Mid Night.

A photo posted by Lisa Surihani (@iamlisasurihani) on

Sumber : mstar