Bila
Mana
Dianjurkan oleh
Kategori :
  November 10th, 2017          |          Kategori : Terkini

Zul Ariffin & Gayatri Kembali Bersama?

Panas! Panas! Panas! Belum pun reda isu hubungan pelakon berbadan sado, Zu Ariffin dan Pelakon berbibir seksi, Zahirah McWilson tiba-tiba SURIA mendapat informasi yang mengatakan Zul dan bekas kekasihnya iaitu Gayatri Su-Lin Pillai kembali menjalin hubungan.

Menurut dari maklumat sumber SURIA, Zul dilihat berdua bersama Gayatri di sebuah hotel di Taiping. Zul berada di Taiping untuk menjalani penggambaran filem terbaru Hantu Kak Limah yang diterbitkan oleh Gayatri.

screen-shot-2017-11-10-at-3-24-31-pm

Adakah bekas pasangan kekasih ini telah kembali bersama? Mungkin kehadiran Gayatri di hotel itu adalah atas dasar kerja kerana dia merupakan penerbit filem itu?

Namun seperti yang diketahui umum, hubungan Zul dan Gayatri memang baik biarpun mereka sudah berpisah.

screen-shot-2017-11-10-at-3-23-20-pm

Apa-apa pun kita tunggu penjelasan dari Zul dan Gayatri nanti ya!