PANDAI MENEKA TAJUK LAGU DAN NAMA PENYANYI?

Ini peluang anda menangi sebahagian wang tunai dan hadiah menarik berjumlah RM50,000.

Dengarkan Suria FM bermula 6 September hingga 15 Oktober 2021 untuk sertai peraduan Hujan Duit Suria.

Bagaimana caranya?

  1. Dengarkan klip audio “Hujan Duit Suria” dalam lagu-lagu yang dimainkan di Suria FM bermula jam 8 pagi hingga 12 tengah malam.
  2. Hantarkan WhatsaApp berserta butiran peribadi seperti Nama, No MyKad, Emel dan #HujanDuitSuria ke WhatsApp Suria 017-8961053 selepas isyarat memanggil.
  3. Penghantar WhatsApp ke-8 akan dihubungi oleh penyampai Suria dan perlu memberikan nama tajuk lagu serta nama penyanyi dengan tepat dalam masa 10 saat.
  4. Wang tunai RM100 untuk setiap jawapan yang betul dan sekiranya jawapan salah, wang akan digandakan ke segmen seterusnya.
  5. Pelbagai hadiah menarik untuk dimenangi di Jam Bonus!

Tertakluk pada Terma dan Syarat

Hak Cipta ©️ Suria FM 2021. Hak cipta terpelihara.

Anak syarikat Kumpulan Radio Star Media, sebahagian daripada Kumpulan Star Media.

X