1923

Polisi Web & Privasi - Suria FM - Segalanya Hiburan

Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan untuk mengawal selia pemprosesan data dalam transaksi komersial. Akta ini, yang merangkumi semua syarikat-syarikat dan firma-firma yang ditubuhkan di Malaysia, mewajibkan kami memaklumkan anda berkenaan hak-hak anda berkaitan data peribadi anda yang sedang diproses atau yang akan dikumpulkan dan yang akan diproses oleh pihak kami serta maksud-maksud bagi pemprosesan data tersebut. Akta ini juga mewajibkan kami mendapatkan persetujuan anda terhadap pemprosesan data peribadi anda.

Justeru itu, anda dimaklumkan bahawa data peribadi dan maklumat selainnya (secara keseluruhan, “Data Peribadi”) yang diberikan di dalam permohonan anda untuk mendaftar bagi penggunaan laman web SuriaFM dan, jika relevan, untuk melanggan perkhidmatan SuriaFM bakal digunakan dan diproses oleh Star Media Radio Group Sdn Bhd (“Company”) bagi maksud-maksud berikut:-

  1. mempertimbangkan permohonan anda untuk mendaftar bagi penggunaan laman web suriafm.com.my;
  2. mempertimbangkan permohonan langganan anda;
  3. untuk berhubung dengan anda;
  4. untuk memberi khidmat kepada anda;
  5. untuk memproses transaksi-transaksi pembayaran;
  6. menjawab pertanyaan-pertanyaan anda;
  7. mentadbir penyertaan anda di dalam pertandingan-pertandingan melaksanakan kegiatan-kegiatan dalaman;
  8. tinjauan pasaran dan analisis kecenderungan untuk memberi anda maklumat tentang produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan Company dan perbadanan-perbadanan berkaitan (“related corporations”)
  9. untuk memberi anda maklumat tentang produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan rakan-rakan perniagaan kami;
  10. kegiatan-kegiatan perniagaan Company selainnya yang sah; maksud-maksud selainnya seperti yang termaktub di dalam Terma-Terma Penggunaan Laman web suriafm.com.my; dan/atau jika relevan, maksud-maksud selainnya seperti yang termaktub di dalam Terma-Terma dan Syarat-Syarat Am dan, jika terpakai, Terma-Terma dan Syarat-Syarat Kempen. (secara keseluruhan, “Maksud-Maksud”)

Seterusnya, sila maklum bahawa sekiranya diperlukan bagi mana-mana Maksud-Maksud yang dinyatakan di atas, Data Peribadi anda mungkin dihantar ke lokasi-lokasi di luar Malaysia atau dizahirkan kepada perbadanan berkaitan, pemegang lesen, rakan perniagaan dan/atau pemberi khidmat, yang mungkin berada di dalam atau luar Malaysia. Selain dari yang dinyatakan di sini, Data Peribadi anda tidak akan, dengan sedarinya, dipindahkan ke mana-mana tempat di luar Malaysia atau dizahirkan ke mana-mana pihak ketiga.

Bagi membolehkan kami memproses Data Peribadi anda, persetujuan anda diperlukan. Sekiranya anda tidak memberi persetujuan berkenaan kecuali sehubungan dengan pengiklanan atau pemasaran produk atau perkhidmatan Company atau rakan-rakan perniagaan kami, kami tidak dapat memproses Data Peribadi anda bagi mana-mana Maksud-Maksud yang dinyatakan di atas dan permohonan anda untuk mendaftar bagi penggunaan laman web suriafm.com.my tidak dapat kami luluskan.

Sehubungan dengan pemasaran langsung, anda boleh meminta Company secara notis bertulis (seperti yang diperuntukkan di dalam perenggan seterusnya) agar tidak memproses Data Peribadi anda bagi mana-mana Maksud-Maksud berikut:

  1. pengiklanan atau pemasaran menerusi telefon produk atau perkhidmatan Company atau rakan-rakan perniagaan kami,
  2. mengirim kepada anda menerusi telefon bahan pengiklanan atau pemasaran Company atau rakan-rakan perniagaan kami,
  3. menghantar menerusi emel atau sistem pesanan ringkas (SMS) bahan pengiklanan atau pemasaran Company atau rakan-rakan perniagaan kami; atau
  4. berkomunikasi dengan anda menerusi apa cara sekali pun apa-apa bahan pengiklanan atau pemasaran Company atau rakan-rakan perniagaan kami.

Anda boleh pada bila-bila masa selepas ini mengemukakan pertanyaan, aduan dan meminta akses kepada, dan pembetulan terhadap, Data Peribadi atau menghadkan pemprosesan Data Peribadi anda dengan menghantar permintaan berkenaan kepada Pegawai Perlindungan Data Peribadi Company menerusi pos berdaftar atau emel seperti yang dinyatakan di bawah:

Alamat pos:

Pegawai Perlindungan Data Peribadi
Level 2.01, Tropicana City Office Tower
No 3, Jalan SS20/27
47400, Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan

Emel: pdpo@smrg.my

Dengarkan Sekarang!