73294

101 Palembang Rajawali : Ranggi dan Praktikal - Suria FM - Segalanya Hiburan

 

pool

Walaupun jenama hotel 101 sudah berada di Indonesia sejak beberapa tahun yang lalu, seperti hotel-hotel 101 di Bali, namun kini mereka terus mengorak langkah dengan lahirnya 101 Palembang Rajawali dipusat kota Palembang.

lobby-2
Terletak di atas Jalan Rajawali di kawasan Ilir Timur, Palembang, hotel yang masih agak baru ini mempunyai beberapa tarikan tersendiri. Menampilkan ruangan serta dewan-dewan yang agak luas, ia menjadi tarikan ramai buat mereka yang bukan sahaja ingin menginap tetapi juga mengadakan aktiviti atau perjumpaan serta mesyuarat dan seminar.

recipe-1o1-restaurant

Selain itu, para tamu sebenarnya tidak perlu bersusah-payah melangkah keluar dari bangunan hotel untuk menikmati hidangan enak kerana di dalam hotel sendiri terdapat Restoran Recipe 101 yang menyediakan pelbagai sajian lazat Asia dan Barat untuk sarapan serta waktu-waktu lain.

Di samping itu, terdapat juga sebuah kolam renang di tingkat satu untuk menikmati suasana dari atas sambil berenang. Tersedia juga spa dan sebuah gimnasium kecil untuk bersenam serta beriadah.

suite-room-2

Kesemua 135 bilik-biliknya bersih, kemas dan menyediakan prasarana yang biasanya terdapat di hotel-hotel mewah seperti TV LCD, penghawa dingin, bilik mandi bersambungan serta kemudahan sambungan Wi-Fi untuk penggunaan internet.

Selain itu, warna-warna ranggi yang digunakan untuk seni reka dalaman bilik menghidupkan lagi suasana ceria di sini. (Para tamu juga boleh memilih bilik keluarga, suite atau penthouse jika mahukan kawasan yang lebih luas) Ini menjadikannya sebuah hotel yang lengkap dan sangat sesuai buat mereka yang datang atas urusan kerja ataupun bercuti.

superior-double-2

Ia juga mempunyai jalan-jalan dengan laluan terdekat ke pusat-pusat membeli-belah terkenal selain tarikan pelancongan seperti Masjid Agung, Jambatan Ampera, Sungai Musi, Masjid Cheng Hoe dan banyak lagi di Palembang.

Jadi, sekiranya anda singgah ke Palembang dan tercari-cari hotel yang cantik dan praktikal, cubalah bermalam di 101 Palembang Rajawali. Malah lokasi hotel ini juga strategik kerana terletak hanya 15 km dari lapangan terbang Palembang.

 

Untuk lebih banyak ulasan hotel dan destinasi pelancongan klik di sini

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!