Individu yang mempunyai peha besar sememangnya umpama mimpi ngeri. Yela mana tidaknya, badan kecil tetapi peha?? Hmm tak tahulah apa yang hendak dikatakan.

Haa sebelum anda ingin memulakan langkah untuk mengecilkan peha, apa kata anda ambil tahu dahulu 4 punca utama mengapa hal ini terjadi.

  • TERLALU BANYAK DUDUK

Tidak banyak bersenam dan bergerak boleh menyebabkan peha anda semakin berisi. Bukan itu sahaja, terlalu banyak menghabiskan masa dengan duduk juga boleh memberi kesan buruk pada bahagian peha. Apabila anda dalam posisi duduk, peha akan semakin mengembang.

  • SALAH PILIH JENIS SELUAR

Lebih ketat lebih padat. Sama seperti seluar dan peha. Kalau anda pakai seluar yang jenis memeri atau strectable seperti palazo, peha mempunyai peluang untuk terus mengembang dan berubah bentuk tanpa di sedari.

  • KETURUNAN

Cuba perhatikan bentuk badan ahli keluarga anda. Kalau ibu atau kakak anda mengalami masalah yang sama itu tandanya anda mewarisi genatik peha besar. Ini menunjukan peluang untuk anda miliki peha yang kurus agak tipis. Tetapi, kalau anda mempunyai semangat dan azam yang kuat, sudah pasti anda dapat bentuk peha yang anda idamkan.

  • BENTUK TUBUH

Jangan risau, memiliki peha yang besar tidak bermaksud anda memang gemuk dan mempunyai masalah dalam mengawal berat badan. Sebenarnya, bentuk badan juga menentukan saiz peha anda.

Haa diharapkan dengan empat punca diatas dapat menambah pengetahuan anda tentang size peha anda.