85330

Nasihat Untuk Yang Dah / Bakal Berkahwin - Suria FM - Segalanya Hiburan

Bukan nak kecam siapa-siapa la kan tapi tabiat manusia memang suka ambik sesuatu perkara tu macam biasa je sebab tak kena dekat batang hidung sendiri. Cuba kalau terkena? Haa baru tahu langit tu tinggi ke rendah!

Yang dah berkahwin atau bakal berkahwin tu jangan lah ada tabiat suka nak banding-bandingkan perkahwinan korang dengan orang lain. Tak elok tau! Bila dah mula nak bandingkan, haa mula pula dengan mempersoalkan kenapa pasangan kita tak macam orang lain. 

Jom baca pesanan yang dikongsikan oleh seseorang yang dah pernah bercerai. Haa jangan baca gitu je tau. Kenalah ambik pengajaran!

  • Utamakan Hubungan Korang

Betapa pentingnya untuk korang lebihkan masa unutk merancang dan fikir masak-masak pasal kehidupan yang bakal korang hadapi lepas berkahwin. Mesti ada segelintir kita yang buat buat majlis secara besar-besaran, tapi tak boleh nak kekal lama! Tanya balik diri, sama ada korang sanggup bersusah-payah dengan si dia? Betul ke dia tu pilihan anda sampai bila-bila? Fikir untuk jangka masa panjang.

  • Lihat Kebaikan Yang Ada Pada Dia

Fokus dengan kebaikkan pasangan korang tu! Yang buruk tu letak tepi sat. Kalau asyik perhatikan keburukkan dan kekurangan dia je, tak boleh juga! Kena belajar terima kekurangan dia. Yela korang pun bukannya baik sangat, opss! Sebelum nak melenting tu, cuba fikir balik semua pengorbanan dan komitmen korang berdua.

  • Tinggalkan Kerja Di Pejabat

Haa yang ni paling bahaya! Jangan terlampau fokus dengan kerja je sebab benda tu memang akan jadi salah satu punca! Bila dah ada dekat rumah tu, tak payah la nak sentuh lagi kerja tu. KEna jaga hati pasangan. Dalam sehari korang dah luangkan hampir 8 – 9 dekat pejabat, so apalah salahnya baki masa tu kasi dekat keluarga pula.

  • Jangan Tergesa Untuk Berkahwin

Sebelum nak ambik keputusan untuk berkahwin tu, fikir masak-masak. Jangan terburu-buru! Bukanlah nak menghasut ke apa tapi just nak bagitahu bukan senang nak hidup dalam keadaan yang semakin mencabar ni! Kita pun tak tahu apa Tuhan nak uji. Kita selalu ingat yang kita tahu semuanya, padahal sebenarnya kita ni naif. Sekarang ni memanglah korang yakin dia adalah orangnya tapi sebenarnya korang belum duduk sebumbung dengan dia.

  • Berkomunikasi

Kadang-kadang dalam hidup ni kita tak boleh nak jadi hati orang lain sangat sampai hati sendiri tak terjaga! Belajar untuk jadi jujur ye! Jangan suka menangguh sebab benda tu akan jadi lagi serius.  Komunikasi tu penting tau so jangan takut untuk meluahkan apa yang terpendam tu.              

  • Tetapkan Satu Masa Untuk Bersemuka & Berbincang 

Keluarga adalah sebuah institusi yang ada pengurusan berkualiti. Dalam pengurusan pula, kena ada jalan penyelesaian untuk selesaikan semua masalah.  Jangan kasi hubungan korang berdua goyah tau! Bila ada masalah, kena selesai ASAP! Keluarkan isi hati, luahan dari hati ke hati, barulah hubungan korang tu lebih intim dan lancar. Wah gitcheww!  

  • Relaks

Kalau korang bergaduh dengan pasangan sekali pun, jangan lah terlalu serius dan mengambil masa yang lama untuk merajuk. Merajuk sikit-sikit tu sudahlah. Wahai lelaki, sila take note. Kalau pasangan korang merajuk tak tentu pasal, cubalah buat lawak dengannya. Cuba buat dia ketawa. Bukannya susah sangat nak pujuk hati perempuan ni. Gelak itu kan satu macam terapi. 

  • Setuju Untuk Tidak Setuju

Kalau nak bergaduh tu boleh tapi biarlah gaduh tu secara adil dan saksama! Belajar untuk mengalah. Sekali-sekala kalaukita jadi mangsa yang dipersalahkan seronok juga. Walaupun sebenarnya kita tak salah langsung dalam hal tu. Haha, kan dah cakap tadi. Jangan serius sangat! Watlek watpis! 

  • Jangan Besarkan Hal Yang Kecil & Remeh

Kalau setakat benda yang remeh tu tak payahlah nak gigih sangat besar-besarkan hal tu! Buat apa nak besarkan hal yang remeh? Chill lah! Kalau pasangan korang ada buat salah, janganlah marah-marah. Dalam dunia ni, tiada siapa pun yang sempurnakan? Kena terima seadanya. Yang korang pun, kalau boleh cubalah berubah untuk jadi yang lebih baik! Sebelum lakukan sesuatu perkara, cuba letak diri dalam kasut pasangan. 

  • Hargai Pasangan

Ubah mentaliti korang tu! Korang perlu tahu ye ajal tidak mengenal manusia, sampai masa dia akan hilang selama-lamanya dari kita. Haaa sebelum terlambat tu, hargai pasangan korang sebaiknya. Jangan bila dah tak ada baru nak menyesal! 

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!