73367

5 Destinasi Percutian Luar Negara Mampu-Pergi Pilihan Suria - Suria FM - Segalanya Hiburan

Cuti sekolah dah pun bermula dan kami yakin pasti ramai yang tercari-cari destinasi percutian yang sesuai untuk seisi keluarga.

Dengan keadaan ekonomi sekarang, ramai yang ingin mencari destinasi percutian yang tidak terlalu mahal dan masih mampu untuk dinikmati.

Di sini kami senaraikan lima destinasi percutian pilihan Suria yang biasanya tidak memerlukan tambang penerbangan yang mahal dan hanya memerlukan kos perbelanjaan yang sangat berpatutan.

whatsapp-image-2017-11-30-at-1-59-15-pm-3

Jakarta

Ibunegara Indonesia ini memang terkenal di kalangan rakyat Malaysia. Malah menurut badan pelancongan Jakarta, rakyat Malaysia merupakan jumlah pengunjung terbesar kota tersebut. Dan kami sama sekali tidak terkejut. Ini kerana secara relatif, kos perbelanjaan di Jakarta tidak terlalu mahal dan harga tiket penerbangan ke bandaraya tersebut juga jarang sekali menjangkau harga yang tinggi. Ia juga mempunyai banyak pilihan membeli-belah dan tempat-tempat makan yang murah dan menarik.

whatsapp-image-2017-11-30-at-1-59-15-pm-4

Krabi

Terkenal dengan pantai indah, makanan murah dan halal (kerana komuniti Islam di sini sangat ramai) , kota kecil di Thailand ini juga merupakan satu destinasi percutian yang sangat sesuai buat mereka yang menyukai pantai dan keindahan alam semulajadi. Tiket penerbangan ke sini juga tidak terlalu mahal jadi ia boleh dijadikan salah satu pilihan percutian anda.

 

whatsapp-image-2017-11-30-at-1-59-15-pm-2

Medan

Selain waktu berdekatan minggu perayaan hari Natal, Medan juga merupakan satu destinasi percutian menarik dan dekat. Penerbangan ke sana dari Kuala Lumpur hanya mengambil waktu sejam dan harga tiketnya tidaklah terlalu mahal. Ia juga merupakan pintu masuk ke Danau Toba, salah satu tempat pelancongan paling popular di Indonesia.

whatsapp-image-2017-11-30-at-1-59-15-pm-1

Ho Chi Minh

Sebuah lagi destinasi popular di kalangan penduduk Malaysia untuk membeli-belah. Selain harga tiket yang biasanya tidak terlalu mahal, ibunegara Vietnam juga mempunyai banyak tempat-tempat menarik yang boleh dikunjungi. Ini termasuk tapak-tapak sejarah dan juga tinggalan zaman perang dulu.

whatsapp-image-2017-11-30-at-1-59-15-pm

Phnom Penh

Ramai yang tidak tahu tambang penerbangan ke ibunegara Kemboja ini juga sebenarnya sangat berpatutan. Malah perbelanjaan makan dan minum di situ juga tidak terlalu mahal. Selain itu, pelancong berpeluang menyelami sejarah Kemboja yang pernah menjadi mangsa kekejaman rejim Pol Pot yang telah melakukan pembunuhan kejam besar-besaran.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!