85350

6 Masalah Bau Badan Yang WAJIB Anda Tahu Puncanya - Suria FM - Segalanya Hiburan

Ramai antara kita sering mengaitkan bau badan dengan kebersihan diri yang tidak dijaga rapi tetapi pernah tak anda terfikir bahawa masalah itu mungkin bersangkut paut dengan kesihatan?

Ini beberapa penyakit yang boleh dikenal pasti melalui bau-bauan tidak menyenangkan dari tubuh.


Bau Mulut Busuk Yang Berterusan: Masalah Kaviti/Kerosakan Gigi

Bau mulut busuk atau halitosis adalah sangat memalukan. Kajian mendapati masalah bau mulut busuk adalah disebabkan jangkitan kaviti. Bakteria membiak di dalam mulut, sekitar celah-celah gigi dan lidah membuatkan bau nafas menjadi busuk seperti bangkai. Boleh jadi, gigi anda yang rosak atau telah terhakis menjadi penyebab kepada mulut berbau.


Peluh Tengik: Perubahan Hormon/Pengambilan Makanan Tidak Seimbang/Masalah Hati/Masalah Buah Pinggang

Untuk pengetahuan semua, peluh manusia sebenarnya tidak mempunyai bau. Tetapi kehadiran bakteria yang bercampur dengan peluh itu akan menukar konsistensi pekuh menjadi asid dan itulah sebabnya peluh berbau. Minum air sebanyak mungkin! Jika seseorang mengeluarkan peluh terlalu banyak sehingga baju yang dipakai lencun atau mungkin cadar tilam menjadi basah ketika sedang lena, dia mungkin menghidap masalah hati dan buah pinggang.


Bau Kaki: Jangkitan Kulat Kaki

Jika ia mengeluarkan bau busuk, itu adalah tindak balas dari pembiakan kuman yang telah menukar peluh kepada asid. Lebih banyak kuman yang akan ada pada kaki dan apabila kaki bau terlalu busuk, seseorang itu mungkin telah dijangkiti kulat kaki.


Kencing Terlalu Hancing: Badan Kurang Air/Jangkitan Pada Saluran Kencing

Sama seperti peluh, bahan perkumuhan seperti air kencing sebenarnya tidak mempunyai bau. Tetapi kalau baunya kuat, hancing atau mungkin berbau seperti ammonia, badan anda sebenarnya mungkin tidak cukup air. Lebih parah, itu mungkin petanda jangkitan pada saluran kencing.


Kentut Busuk: Perubahan Bakteria Dalam Perut/Makan Terlalu Laju/Sembelit

Rata-rata, setiap orang akan melepaskan 10 – 20 kali gas kentut setiap hari. Pastinya bau yang dikeluarkan juga adalah tidak menyenangkan kerana ia turut terdedah dengan kuman yang berkumpul dalam perut. Anda mungkin makan terlalu laju sehingga menelan banyak udara sewaktu mengunyah dan menelan makanan. Boleh jadi juga jika kolon anda tidak memproses makanan yang ditelan dengan sebaiknya sheingga menyebabkan makanan tersebut seolah-olah terapung.


Kemaluan Berbau: Perubahan Diet/Jangkitan Kulat/STI

Jika kemaluan mengeluarkan cecair atau lendiran seperti keputihan itu boleh dikira normal untuk semua wanita, namun ia akan jadi parah jika turut ditemani bau-bauan busuk. Vagina anda mungkin terkena jangkitan kulat sehingga menyebabkan bahagian sulit berbau. Cuba makan secara sihat, minum air dengan banyak dan tukar seluar dalam setiap hari. Pastikan seluar dalam tidak ketat dan materialnya diperbuat dari bahan kapas serap peluh. Lap kering vagina setelah selesai membuang air.

Sumber : wanista

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!