73254

Bawang Putih Bawang Merah Versi Moden Interpretasi Rico Rinaldi - Suria FM - Segalanya Hiburan

Pereka fesyen tanah air, Rico Rinaldi buat pertama kalinya berkolaborasi bersama Zalora Malaysia bagi menghasilkan koleksi lebaran 2017.

screen-shot-2017-06-07-at-12-21-19-pm

Mengambil inspirasi dari watak legenda ikonik Bawang Putih Bawang Merah, koleksi yang diberi nama Summeraya 2017 ini menyuntik elemen tradisional namun masih terselit unsur moden bagi mengikut arus fesyen semasa.

screen-shot-2017-06-07-at-12-21-02-pmscreen-shot-2017-06-07-at-12-26-15-pm

Menurut Rico, beliau memilih karektor dari filem lagenda itu kerana cintanya terhadap budaya dan tradisi.

Bawang Putih dan Bawang Merah diangkat sebagai tema utama bagi koleksi ini di mana, paduan warna untuk setiap helaian berpandukan kepada dua karektor ini.

unnamed-7unnamed-5unnamed-8

Warna-warna pastel dan lembut mewakili Bawang Putih, manakala warna-warna yang terang dan ranggi inspirasi Bawang Merah.

unnamed-13unnamed-12unnamed-11unnamed-4

Potongan kurung moden menjadi nadi utama koleksi ini dimana Rico merasakan ia sesuai digayakan oleh pelbagai peringkat umur.

screen-shot-2017-06-07-at-12-32-25-pmscreen-shot-2017-06-07-at-12-32-51-pmscreen-shot-2017-06-07-at-12-31-59-pm

Terkenal dengan identitinya yang sarat perincian manik, namun pendekatan berbeza dipilih bagi koleksi ‘Rico Rinaldi For Zalora’ ini. Rico memilih untuk meminimalkan penggunaan manik bagi mengekalkan elemen ringkas dan sedia dipakai.

screen-shot-2017-06-07-at-12-33-19-pmscreen-shot-2017-06-07-at-12-36-40-pmscreen-shot-2017-06-07-at-12-37-25-pm

Bagi anda yang mahu tampil berbeza di hari lebaran nanti, bolehlah mendapatkan koleksi unik ini di Zalora.my

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!