93539

8 Cara Ini Boleh Bantu Kurangkan Penggunaan Plastik! - Suria FM - Segalanya Hiburan

Penggunaan bahan berasaskan plastik memang tidak dinafikan banyak memberi manfaat terutamanya daripada segi kos kerana ianya lebih murah. Tetapi tanpa disedari ia mendatangkan pelbagai masalah yang tidak berpenghujung sehingga merosakkan alam sekitar kerana sikap segelintir daripada kita yang memandang ringan isu persekitaran apabila membuang botol, pembungkus makanan dan beg plastik sesuka hati.

Belum terlambat untuk kita sama-sama mengubah situasi itu dan ia perlu bermula daripada diri kita sendiri dalam memastikan masalah sisa plastik ini tidak lagi menjadi masalah yang boleh memudaratkan kehidupan harian.

Portal Eat This turut menyenaraikan lapan kaedah yang boleh diamalkan dalam mengurangkan penggunaan plastik dalam kehidupan seharian.

1. Katakan tidak pada penyedut minuman plastik

Permulaan yang baik adalah menolak penggunaan penyedut minuman plastik kerana tanpanya anda juga masih boleh menghirup minuman. Jika tidak selesa apa kata berbelanja sedikit dengan membeli penyedut minuman besi atau pun kertas yang kini banyak dijual.

2. Guna semula botol minuman

Antara alternatif lain, cuba guna semula botol plastik air mineral yang anda beli daripada terus dibuang. Bukan susah benar hendak mencuci botol dan mengisi air.

3. Beli tumbler sendiri

Kebanyakan kedai kopi kegemaran anda menggunakan cawan plastik – Apa kata laburkan sedikit wang anda dengan membeli tumbler untuk mengisi kopi kegemaran anda. Kan nampak bergaya!

4. Bawa sudu, garfu sendiri

Jujurnya ia memang melecehkan tetapi membawa sendiri sudu dan garfu anda sebenarnya memberi lebih banyak kelebihan termasuk isu kebersihan.

5. ‘Tapau’ guna bekas sendiri

Contoh paling terbaik adalah kafe di IKEA yang menggunakan polisi bawa bekas sendiri jika ingin ‘tapau’ makanan. Mengapa tidak amalkan juga jika ke restoran lain?

6. Bawa beg kitar semula

Sentiasa simpan beg kitar semula di dalam kereta atau masukkan ke dalam beg kerana kita tidak akan tahu bila memerlukannya.

7. Tolak penggunaan beg plastik

Jika ke pasar raya, kita sendiri perlu bertegas untuk tidak menggunakan beg plastik walaupun ditawarkan oleh juruwang ketika membayar. Tambahan pula sekarang setiap beg plastik dikenakan caj 20 sen.

8. Tinggalkan tabiat minum minuman berkarbonat

Kebanyakan soda menggunakan botol plastik. Apa kata tinggalkan tabiat minum air berkarbonat. Alam sekitar terjaga, badan anda juga bebas penyakit.

 

Kredit artikel dan gambar mStar 

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!