
/wp-content/uploads/2019/11/MG_1025.jpg)
Tuah buat Ashwin Radha Nathan apabila tampil sebagai pemenang utama kempen ‘Menang Menang Menang’ anjuran Yee Lee Corporation Bhd (Yee Lee) dan Aurizn Malaysia sekaligus membawa pulang hadiah utama iaitu sebuah kereta Proton X70.
Kempen ini merupakan inisiatif kerjasama antara sebuah syarikat barangan pengguna (FMCG) dengan media automotif di Malaysia sempena sambutan Hari Merdeka dan Hari Malaysia pada tahun ini.
Kempen ini mendapat sambutan hangat apabila mencatatkan sebanyak 50,000 penyertaan dalam jangka masa dua bulan sahaja.
Selain pemenang hadiah utama, dua orang lagi pemenang bertuah membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM38,000 selaku penerima hadiah pertama peraduan ini. Diikuti oleh sepuluh pemenang hadiah kedua yang menerima wang tunai RM8,000 setiap orang. Hadiah-hadiah lain termasuklah pakej percutian 3 hari 2 malam bersama wang saku sebanyak RM2,0000 untuk sepuluh orang pemenang tempat ketiga serta hamper produk untuk 100 orang pemenang hadiah istimewa.
Sempena sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia tahun ini, kempen ‘Menang Menang Menang ‘bukan sahaja menggalakkan rakyat Malaysia untuk menyokong jenama dan produk tempatan, pada masa yang sama, kempen ini juga memupuk semangat patriotik di kalangan rakyat Malaysia.
“Yee Lee Corporation ditubuhkan pada tahun 1968 semasa Malaysia masih negara yang muda. Dalam 51 tahun ini, kami telah mengharungi segala perkembangan biarpun yang manis atau yang pahit bersama negara yang tercintai ini. Yang paling penting, kami berasa bangga sebagai syarikat Malaysia yang berganding bahu bersama rakyat Malaysia,” kata Pengarah Urusan Kumpulan Yee Lee Corporation, Lim Ee Young.
“Kami kini menawarkan pelbagai barangan harian yang memanfaatkan kesemua rakyat Malaysia dengan harga yang rendah bersama kualiti yang tinggi. Produk Yee Lee merangkumi kategori seperti minyak masak berkualiti, produk penjagaan rumah tangga, produk penjagaan mulut yang bertaraf dunia dan mee segera yang berbahan tulen dalam perisa yang disukai rakyat Malaysia; kesemuanya ialah barangan harian yang memenuhi keperluan rakyat Malaysia” , tambahnya lagi.
Selari dengan tema patriotik kempen ini, Proton X70 Premium dipilih sebagai Hadiah Utama.
“Kami amat berbesar hati bahawa Proton X70 dipilih sebagai hadiah utama untuk kempen ini. Selaku model terulung kami, kereta ini telah berjaya menaikkan taraf produk dan persepsi PROTON di kalangan rakyat Malaysia. Proton X70 bukan setakat sebuah produk, tetapi ia merupakan satu petanda aras baru untuk PROTON menuju ke masa hadapan,” kata En Cheng Seng Fook, Pengarah Jualan dan Pemasaran PROTON.
“Proton X70 ialah salah sebuah kenderaan yang paling sofistikated yang dijual di pasaran sekarang. Ia bukan sahaja membawa jenama Malaysia, malah menawarkan nilai wang yang luar biasa kepada pengguna. Kualiti-kualiti ini juga ada pada produk Yee Lee, sebab itulah kami memilihnya sebagai hadiah utama kempen ini,” kata Pengarah Urusan Aurizn, Bobby Ang.
Kempen Menang Menang Menang bermula pada 1 Ogos 2019 dengan 12 jenama daripada Yee Lee menyertai acara Evo Enduro 2019 dengan ‘pasukan perlumbaan’ mereka sendiri. 12 pasukan itu terdiri daripada jenama-jenama tempatan seperti Cactus, Kizz, Morning Kiss, Neuvida, Red Chef, Red Eagle, Sabah Tea, Sunlico, Sunplus, Vecorn, Vesawit dan Vesoya. Semuanya tampil dengan kereta yang dihias cantik menggunakan pelekat jenama masing-masing yang bergerak dari Kuala Lumpur menuju ke jalan-jalan di Thailand. Sempena pengakhiran kempen ini, ‘kereta lumba’ dari pasukan pasukan jenama ini juga Berjaya dimasukkan di dalam permainan video perlumbaan kereta yang paling popular di dunia – Gran Turismo Sport . Kereta-kereta tersebut boleh dimuat turunkan oleh jutaan peminat di seluruh dunia untuk dimainkan dalam permainan video ini.
“Kami rasa bangga dan berbesar hati kerana berpeluang bekerjasama dengan Yee Lee Corporation, bukan sahaja dapat mempromosikan jenama-jenama barangan pengguna yang berkualiti ini kepada rakyat Malaysia, malah sedunia juga,” kata Ang lagi.
“Disini kami ingin menzahirkan rasa terima kasih kepada rakyat Malaysia di atas sokongan padu anda terhadap produk kami selama ini. Kami juga ingin mengucapkan tahniah kepada semua pemenang dan berharap mereka menikmati hadiah yang telah dimenangi!,” kata Lim.