86061

Ada Robot Pembantu di Hotel Jen Tanglin Singapura! - Suria FM - Segalanya Hiburan

Jika anda ke seberang Tambak Johor dan tercari-cari hotel yang dilengkapi dengan ruang dan peralatan untuk perbincangan perniagaan di samping menikmati percutian yang tenang di kota metropolitan Singapura, cuba singgah ke Hotel Jen Tanglin di Singapura.

Sesuai untuk mereka yang gemarkan suasana bandar, Hotel Jen memberikan kualiti, keselesaan dan nilai kegembiraan dan perkhidmatan yang mesra pelanggan dan persekitaran. Dilancarkan pada 2014, Hotel Jen turut berada di beberapa lokasi terbaik di seluruh Asia Pasifik.

hjts_16_swimming-pool

Bilik-bilik di Hotel Jen dilengkapi dengan telefon pintar Handy yang membolehkan pelancong membuat panggilan dan menggunakan data internet yang disediakan secara percuma selain sambungan wi-fi di setiap pelosok hotel. Hotel ini turut dilengkapi dengan bas penghantar atau ‘shuttle bus’ harian untuk ke Orchard Road, perkhidmatan berbasikal untuk penginap hotel, pusat kesihatan dan senaman 24 jam serta perkhidmatan kolam renang luaran.

 

hjts_1_clubroom

whatsapp-image-2018-04-19-at-6-19-06-pm

Malah Hotel Jen Tanglin ini terletak di tengah-tengah kota Singapura tidak jauh dari jalan Orchard serta berdekatan dengan Taman Botani Singapura yang juga merupakan sebuah Tapak Warisan UNESCO. Ia juga bersebelahan dengan Tanglin Mall yang mempunyai pasar raya, deretan kedai, restoran dan pelbagai jenis perkhidmatan lain. Hotel ini juga menyediakan beberapa restoran dan bar seperti J65, Jen’ Kitchen On-The-Go, Ah Hoi’s Kitchen dan Rumpoles Bar.

 

hjts_8_j65_alldaydining2

Buat yang belum pernah menggunakan telefon bimbit pintar Handy yang tersedia dalam bilik di hotel ini, ia mempunyai banyak kegunaan yang boleh dipraktikkan. Antaranya ialah ia boleh digunakan untuk membuat panggilan bukan sahaja di dalam Singapura malah ke beberapa negara terpilih seperti Australia, China, Jerman, Hong Kong, India, Indonesia, Jepun, Malaysia, Philipines, Rusia, Korea Selatan, Taiwan, Thailand, United Kingdom dan USA. Melalui Handy juga, anda boleh menggunakan data internet secara percuma untuk melayari laman sesawang, video, memuat turun gambar, mengaktifkan Google Maps dan anda sentiasa berhubung di media sosial.

Antara kegunaan lain Handy ialah anda boleh membuat tempahan tiket secara atas talian dimana-mana acara dan aktiviti di sekitar Singapura dengan tawaran potongan harga dan mendapat kelebihan eksklusif. Handy juga menawarkan perkhidmatan “Speed Dial” jika anda mempunyai sebarang masalah atau kecemasan, mereka telah menyenaraikan panggilan kecemasan, pusat perkhidmatan dan juga panggilan telefon terus ke Lapangan Terbang Antarabangsa Changi.

hjts_jena-making-delivery

Selain itu, Hotel Jen turut melakar kejayaan yang tersendiri apabila memperkenalkan sebuah alat baharu yang dipanggil Jena, Hotel antarabangsa yang pertama memperkenalkan ‘autonomous Relay’ robot di Asia. ‘Pekerja robot’ ini mampu menghantar pesanan menu dan menyediakan kemudahan kepada tetamu terus ke bilik, apabila pesanan dibuat.

Terletak di lobi hotel setiap hari, Jena disesuaikan dengan pakaian seragam mereka yang terang merah jambu sebagai warna jenama Jena, dilekatkan dengan basikal signatur yang memudahkan perjalanannya. Jena berketinggian hampir satu meter dan datang dengan keupayaan untuk bergerak tanpa pemandu di sekitar hotel dengan kelajuan yang selamat sekitar 2.5km / j, separuh daripada kelajuan purata manusia yang normal.

hjts_jena-at-lobby

Jena juga boleh menaiki lif, membuat panggilan telefon ke bilik semasa ketibaan dan dilengkapi dengan sensor sensitif yang tahu untuk mengelakkan halangan dalam laluannya. Jena digabungkan dengan sistem perisian yang mudah dapat menjejaki senarai tugasan mereka apabila pesanan dibuat. Memerlukan tuala tambahan? atau air mineral didalam bilik? Jena mampu menghantar dalam masa 15 minit disetiap masa. Jangan terkejut di tengah malam, jika anda ingin memesan sebarang menu, Jena boleh membantu dan bertugas sehingga jam 6 pagi. Direka dan dibina oleh Savioke,Jena adalah robot autonomi penghantar pertama yang telah digunakan di lebih dari 70 tempat seperti hotel, pejabat, kodominium dan pangsapuri bertingkat tinggi. Menggunakan teknologi canggih untuk bergerak dan ‘berkomunikasi’ dengan pelbagai objek, ia menyampaikan sesuatu barang atau maklumat dengan cepat, selamat dan boleh dipercayai.

 

hjts_11_mainlobby

Hebat bukan? Jadi jika anda ke Singapura dan ingin merasai pengalaman ini, jangan lupa untuk bermalam di Hotel Jen Tanglin Singapura.

Untuk keterangan lanjut mengenai hotel sila layari http://hoteljen.com/tanglin dan https://www.hoteljen.com/singapore/tanglin/offers/details/stay/best-weekend-staycation-deal/?WT.mc_ID=HJTS_201803_MSIA_WEBSITE_SURIA_MEDIA_ARTICLE_WKENDSTAYCA_E

 

sumbangan : Afdal Shahizad

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!