85358

Alamat Eksklusif 137 Pillars Suites & Residences Bangkok - Suria FM - Segalanya Hiburan

06-marble-bar-01

Kota Bangkok sering memenangi undian serta anugerah oleh badan-badan yang diiktiraf dalam dunia pelancongan dan pengembaraan sebagai destinasi pilihan untuk bercuti. Ini pasti kerana kemudahan dan infrastruktur Bangkok yang sangat menyenangkan para pelancong. Ditambah pula dengan pilihan tempat-tempat untuk membeli-belah pada harga yang sangat murah dibandingkan dengan negara-negara lain di Asia secara umum, Bangkok memang wajar menjadi pilihan ramai.

11-bangkok-trading-post-bistro-_-deli-03

Bandaraya ini juga mempunyai ratusan hotel dan tempat penginapan pada harga yang sangat berpatutan! Namun bagi anda yang gemarkan bermalam di hotel mewah yang terletak di kawasan ekslusif dan lebih tenteram berbanding di tengah-tengah kota, 137 Pillars Suites & Residences Bangkok merupakan hotel dan kediaman berkonsepkan suite eksekutif dan pangsapuri sepenuhnya serta termasuk sebagai salah satu penginapan berbintang lima terbaik di Bangkok!

Selain itu ia mempunyai lokasi yang sangat strategik dan terletak tidak jauh dari stesen BTS Phrom Phong (seperti sistem MRT di KL) serta pusat membeli belah EM district. Ia juga menawarkan pemandangan indah kota Bangkok dari kolam renangnya yang berada di tingkat 27. Ia juga mengambil masa lebih kurang 30 minit sahaja untuk sampai ke situ dari Lapangan Terbang Don Muang. Tambahan lagi, kawasan ini lebih selamat kerana ia terletak di daerah kediaman eksklusif.

02-the-pillars-one-bedroom-residences-bedroom

Bersedia dengan aneka  suite dari pelbagai taraf (studio, satu, dua atau tiga bilik tidur), hotel ini menjanjikan perkhidmatan terbaik buat semua tamunya yang hadir. Kesemua bilik-biliknya dilengkapi kelengkapan serta kemudahan terkini dan berkualiti tinggi dari TV layar leper sehinggalah barangan mandian berjenama. Ini sebagai bukti mereka yang ingin memberikan yang terbaik buat para pelanggan yang datang menginap di situ.

Hampir kesemua bilik suite di sini mempunyai ruang tamu masing-masing selain bilik tidur serta kawasan dapur yang luas. Berkat keluasannya, ia turut menyediakan kemudahan-kemudahan lain seperti sebuah kolam renang, gymnasium serta pusat kesihatan, dan juga restoran untuk menjamu selera. Berserta kemudahan-kemudahan hotel yang lain seperti ruang-ruang mesyuarat dan dewan, hotel ini memang sesuai buat anda yang menyenangi kemewahan.

whatsapp-image-2017-10-05-at-8-13-54-pm

Malah lebih istimewa mereka menyediakan pengangkutan khas berupa teksi mirip teksi Inggeris di London untuk menjemput dan menghantar para tamu dari hotel ke stesen BTS Phrom Phong dan sebaliknya secara percuma.

05-louie-137-pillars-london-cab2

Kalau soal menjamu selera pula, mereka mempunyai Bangkok Trading Post yang terkenal sebagai restoran yang menyajikan hidangan lazat di Bangkok kerana variasinya memang sukar ditandingi. Selain sajian yang sering ada tika sarapan, ia juga menawarkan perkhidmatan sarapan di bilik jika mahu. Selain itu ada juga Jack Bain’s Bar, Nimitr,  dan Marble Bar di lantai atas berdekatan kolam renang.

09-bangkok-trading-post-bistro-_-deli-01-jpg

Andai anda mahu menikmati kemewahan yang gah dan menikmati keindahan taman hijau serta pemandangan Bangkok yang lebih tenteram serta jauh dari kesibukan, bermalamlah di 137 Pillars Suites & Residences kerana ia pasti satu pengalaman eksklusif yang tidak akan anda lupakan!

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!