90711

Amari Johor Bahru : Penginapan Terkini Dan Selesa di JB! - Suria FM - Segalanya Hiburan

Johor Bahru merupakan salah satu bandaraya paling popular di Malaysia. Selain daripada kedudukannya di sebelah negara jiran terdekat kita, Singapura, ia kerap menjadi destinasi pilihan untuk bercuti kerana kemudahan dan infrastrukturnya yang sangat menyenangkan para pelancong. Ditambah pula dengan pilihan tempat-tempat untuk membeli-belah, Johor Bahru memang wajar menjadi pilihan ramai.

Jika tercari-cari tempat untuk menginap, pastikan Amari Johor Bahru menjadi pilihan utama anda. Hotel yang terletak betul-betul di depan pusat membeli-belah terkenal Johor Bahru City Square ini sangat sesuai untuk mereka yang masih bujang ataupun berkeluarga dan ingin membeli-belah.

Terletak di salah satu jalan utama dan paling popular di JB, kedudukan hotel ini sangat strategik kerana ia berada di permulaan jalan yang sangat terkenal dengan aneka barangan jualan dan makanan.

Selain berjirankan hotel-hotel ternama yang lain, di sepanjang jalan ini terdapat aneka restoran, pusat membeli-belah dan berhujung dengan ajnas pusat-pusat hiburan ternama.

Dilengkapi dengan 242 aneka pilihan bilik-bilik selesa menghadap pusat membeli-belah, hotel ini juga mempunyai bilik-bilik istimewa khas buat keluarga! Kemudahan-kemudahan ini membuatkan para pengunjung bebas bersantai semahu hati masing-masing. Sekiranya tidak mahu membeli-belah, apa kata berenang sahaja di kolam renang mereka yang luas tersedia sambil menikmati minuman di sebelahnya.

Buat anda yang suka mencuba makanan yang lazat apa kata anda singgah di Amaya Food Gallery, restoran mereka yang menghidangkan pelbagai menu tempatan serta antarabangsa yang menarik. Para tamu khas yang bermalam di tingkat eksekutif boleh juga menikmati sajian di Club Lounge yang memberikan banyak kelebihan lain seperti minuman percuma sepanjang hari selain minum petang dan koktel khas.

Para pengunjung juga boleh mencuba sajian di Dip Bar untuk minum dan santai di tepi kolam renang. Buat penganjuran majlis dan acara, terdapat juga dewan dan ruangan khas buat acara tertentu yang lain. Seperti kebanyakan tempat penginapan di pantai anda boleh beriadah di gymnasium atau mengunjungi Breeze spa mereka untuk memanjakan diri.

Tempat-tempat menarik Johor Bahru yang sering menjadi tumpuan pelancong juga tidak terlalu jauh dari hotel ini. Pendek kata hotel ini memang sesuai buat penginapan di tengah kota. Apalagi dengan kedudukannya yang sangat strategik dikelilingi pusat membeli-belah, pasti menyenangkan setiap yang berkunjung ke sini!

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!
    Enable referrer and click cookie to search for pro webber