73310

Amari Watergate Bangkok : Sajian Halal dan Lokasi Hebat di Bangkok! - Suria FM - Segalanya Hiburan

amari-watergate-bangkok-amaya-food-gallery-overview-1

Bangkok merupakan salah satu bandaraya paling popular di Asia Tenggara. Malah ia sering memenangi undian serta anugerah oleh badan-badan yang diiktiraf dalam dunia pelancongan dan pengembaraan sebagai destinasi pilihan untuk bercuti. Ini pasti kerana kemudahan dan infrastruktur Bangkok yang sangat menyenangkan para pelancong. Ditambah pula dengan pilihan tempat-tempat untuk membeli-belah pada harga yang sangat murah dibandingkan dengan negara-negara lain di Asia secara umum, Bangkok memang wajar menjadi pilihan ramai.

amari-watergate-bangkok_lobby-1

Jika tercari-cari tempat untuk menginap, pastikan Amari Watergate menjadi pilihan utama anda. Hotel yang terletak betul-betul di depan pusat membeli-belah borong pakaian terkenal Pratunam dan Platinum Fashion Mall ini sangat sesuai untuk mereka yang masih bujang ataupun berkeluarga dan ingin membeli-belah.

amari-watergate-bangkok_library-1

Terletak di salah satu jalan utama dan paling popular di Bangkok, kedudukan hotel ini sangat strategik kerana ia berada di permulaan jalan yang sangat terkenal dengan aneka barangan jualan dan makanan.

amari-watergate-pool-2

Selain berjirankan hotel-hotel ternama yang lain, di sepanjang jalan ini terdapat aneka restoran, pusat membeli-belah dan berhujung dengan ajnas pusat-pusat hiburan ternama.

whatsapp-image-2017-09-02-at-9-15-48-am

Dilengkapi dengan 569 aneka pilihan bilik-bilik selesa menghadap pusat membeli-belah, hotel ini juga mempunyai bilik-bilik istimewa khas buat keluarga! Kemudahan-kemudahan ini membuatkan para pengunjung bebas bersantai semahu hati masing-masing. Sekiranya tidak mahu membeli-belah, apa kata berenang sahaja di kolam renang mereka yang luas tersedia sambil menikmati minuman di sebelahnya.

amari-watergate-bangkok-amaya-food-gallery_thai-1

Buat anda yang suka mencuba makanan yang lazat apa kata anda singgah di Amaya Food Gallery, restoran mereka yang menghidangkan pelbagai menu tempatan serta antarabangsa yang menarik. Para tamu khas yang bermalam di tingkat eksekutif boleh juga menikmati sajian di Club Lounge yang memberikan banyak kelebihan lain seperti minuman percuma sepanjang hari selain minum petang dan koktel khas.

whatsapp-image-2017-09-02-at-9-21-43-am

whatsapp-image-2017-09-02-at-9-21-42-am

Para pengunjung juga boleh mencuba sajian di Cascade sambil diiringi nyanyian penyanyi kafe tersebut. Ada juga Pool Bar untuk minum dan santai di tepi kolam renang. Mereka juga sangat prihatin terhadap jumlah pengunjung yang beragama Islam, jadi makanan yang berunsur sayuran dan halal juga ada diasingkan di ruang makan. Malah kesemua daging ayam dan lembu di restoran Amaya adalah disahkan Halal dengan persijilan oleh pihak berwajib Islam Thailand.

amari-watergate-breeze-spa-1

Buat penganjuran majlis dan acara, terdapat juga dewan dan ruangan khas buat acara tertentu yang lain. Seperti kebanyakan tempat penginapan di pantai anda boleh beriadah di gymnasium atau mengunjungi Breeze spa mereka untuk memanjakan diri.

Tempat-tempat menarik Bangkok yang sering menjadi tumpuan pelancong juga tidak terlalu jauh dari hotel ini. Pendek kata hotel ini memang sesuai buat penginapan di tengah kota. Apalagi dengan kedudukannya yang sangat strategik dikelilingi pusat membeli-belah, pasti menyenangkan setiap yang berkunjung ke sini!

Untuk lebih banyak ulasan hotel dan destinasi menarik klik di sini

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!