86814

Aneka Pembuka Selera di Restoran-restoran Bangkok Marriott Marquis - Suria FM - Segalanya Hiburan

Sebut sahaja Bangkok, selain destinasi, tempat makan menarik juga pasti menjadi salah satu tarikan. Kepada rakyat Malaysia anda tidak perlu bimbang kerana banyak tempat yang menghidangkan ikan serta makanan laut yang boleh anda menjamu selera.

 

Di Hotel Bangkok Marriott Marquis Queen’s Park, terdapat beberapa restoran yang mungkin boleh menjadi rujukan jika anda ke Bangkok. Antaranya Goji Kitcthen & Bar yang terletak di bahagian lobi hotel. Terdapat 3 bahagian buffet yang disediakan ; Sarapan antara pukul 6 pagi hingga 10.30 pagi, Makan Tengahari (12.00-14.30) dan Makan Malam bermula enam hingga 10 malam. Sila cuba jus Beri Goji yang disediakan secara terus dan boleh dinikmati dengan minuman tenusu yang lain. Khasiat Beri Goji ini adalah bagi pembakaran lemak, penurunan berat badan, mendapat tidur yang lena, memberikan mood yang baik di waktu pagi, mengurangkan tahap gula, mencantikkan kulit, mengurangkan tahap kolestrol dan banyak lagi.

 

 

 

 

Anda juga boleh mencuba Siam The Room yang juga terletak di hotel lobi . Hidangan disediakan oleh oleh
Chef Aon (Anukul Pulpipat) dan Jaral homtuanlom, selaku Pengurus Restoran. Bersama-sama ada hidangan “Grama’s Recipe”, yang disediakan menggunakan kaedah turun menurun dari generasi ke generasi melalui keluarga chef. Terdapat resipi yang jarang-jarang dipamerkan, rasa asli dan dengan rahsia resepi tradisi. Disini anda dapat merasai pengalaman “Thai Dining”, anda boleh memilih untuk duduk dalam 10 orang dan menikmati hidangan yang disediakan oleh Chef Aon. Segala juadah yang disediakan menggunakan ramuan asli dan bahan organic.

 

 

 

 

Soba Factory, juga sebuah restoran yang terletak di lobi hotel. Hanya dibuka pada watu makan tengahari (12.00-1430) dan makan malam (17.30-22.00). diketuai oleh Cef dari Jepun ; Cef Mizuho Nagao. Soba Factory “dibina” dengan kata Jepun Izakaya yang membawa maksud suasana kasual, bahan asli dan resipi tradisional. Variasi mee yang disediakan hanga menggunakan tepung gandum yang terbaik didatangkan khas dari Hokkaido, mee yang dikilangkan khas untuk membuat mee tepung gandum dan dibuat dengan penuh teliti dan terbaik. Dihidangkan secara panas atau sejuk, para tetamu boleh menikmati mee asli ini dengan pelbagai gaya, disertai dengan sup dan daging. Menu popular lain termasuk makanan klasik “seiro soba” dan “tempura soba”, di mana mee disajikan dengan udang dan sayur-sayuran. Antara menu lain yang boleh dicuba adalah “Yakitori, dan “tsukune :, yang menggabungkan ayam cincang dengan tulang rawan dan rempah yang digaul, dipenuhi dengan sos yakitori dan disajikan dengan kuning telur mentah. Sungguh menyelerakan.

 

 

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!