114904

Anggun Cotton Collection catat jualan lebih 700,000 helai - Suria FM - Segalanya Hiburan

Anggun Cotton Collection (ACC) meraikan kejayaan penjualan baju sebanyak 700,000 helai pada tahun 2021 dengan meraih nilai jualan mencecah RM 10 juta sebulan. Ini menunjukkan prestasi tahunan terbaik yang produktif bagi jenama pengeluaran pakaian wanita, kanak kanak dan kurta lelaki ini.

Berdasarkan jumlah jualan yang dicatatkan pada 2021, ACC menjadi antara jenama pakaian pilihan utama bagi kalangan wanita khususnya buat wanita bekerjaya dan kumpulan pendapatan pertengahan. Menurut ACC, kualiti kain yang selesa dan rekaan eksklusif tersendiri yang menepati citarasa pembeli menjadi salah satu simbolik kejayaan buat mereka.

Mengangkat tagline ‘Anggun Selalu Di Hati’, ACC juga mengorak langkah apabila buat julung kalinya, mengeluarkan rekaan kurta buat lelaki dan pakaian kanak kanak juga pengeluaran harian corak baju baru yang memberi fokus utama kepada produk berkualiti tinggi, mampu milik dan memiliki stail yang menarik.

Menariknya lagi, ACC memperkenalkan barisan selebriti popular, Yana Samsudin, Fadzil Zahari, Aisy Mateen, Fasha Sandha, Elfira Loy, Anis Sofea serta Syatilla Melvin sebagai duta dan  ‘influencer’ jenama pakaian ACC

Jadi tunggu apa lagi? Buat yang ingin tampil anggun dan bergaya pada hari raya ini, boleh dapatkan ‘Baju Kurung Selembut Kapas’ daripada Anggun Cotton Collection secara atas talian atau di Anggun Cotton Collection Butik di Johor Bahru/ Senawang.

Untuk maklumat lanjut tentang Anggun Cotton Collection, hubungi mereka melalui mana-mana platform rasmi:

Anggun | https://angguncollection.com l Tiktok: AnggunHQ | FB: AnggunCottonCollectionHQ | IG: @anggun_cotton_collection_hq

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!