86067

Anggun Di Aidilfitri Bersama Rangkaian Koleksi Infinence By Sahajidah Hai-O - Suria FM - Segalanya Hiburan

Sahajidah Hai-O Marketing, syarikat jualan langsung terkemuka negara menyertai Gaya Koleksi Raya 2018 dengan menampilkan Koleksi Infinence di Publika Kuala Lumpur baru-baru ini.

Sahajidah Hai-O Marketing rancak mempelbagaikan cabang perniagaan selain menambahkan koleksi produk pilihan pengedarnya yang kini mencecah lebih 160,000 orang. Jenama Infinence yang dibangunkan pada tahun 2016 adalah berkonsepkan “Kesederhanaan Dalam Kemewahan” dan semakin berkembang selain menjalin kolaborasi dengan ikon fesyen antarabangsa Prof. Datuk Jimmy Choo dan pereka fesyen terkemuka negara, Rizman Ruzaini.

screen-shot-2018-04-25-at-1-41-05-pm

Tiga koleksi lifestyle Infinence telah pun ditampilkan semasa persembahan fesyen Gaya Koleksi Raya iaitu koleksi Hijab Infincence X Rizman Ruzaini, koleksi kasut dan beg Infinence, dan koleksi Busana Infinence.

Koleksi Hijab ini adalah kolaborasi kedua Sahajidah Hai-O bersama Rizman Ruzaini. Di Bawah koleksi Infinence X rizman Ruzaini Hijab, terdapat 5 corak tudung yang memukau. Untuk hijab printed, terdapat dua saiz iaitu shawl panjang dan empat segi. Tidak dilupakan shawl panjang berwarna pastel bagi mereka yang memilih gaya ringkas dan sederhana. Setiap tudung didatangkan dengan kerongsang ekslusif Rizman Ruzaini.

screen-shot-2018-04-25-at-1-35-56-pmscreen-shot-2018-04-25-at-1-35-41-pm

Koleksi kasut dan Beg Infinence pula diperbuat daripada 100% kulit tulen, hasil inspirasi bersama Prof Datuk Jimmy Choo sebagai penasihat fesyen syarikat.

unsetT

erdapat 7 rekabentuk yang terdiri daripada daripada kasut Infinence ditambah dengan pelapik tenaga yang mengandungi ‘energy padding’ di bahagian tapak kasut. Dengan ini pemakai akan berasa selesa dan tidak mudah letih walaupun bertumit tinggi dan memakainya untuk jangka waktu yang lama.

 

 

riley-intro-01infinence-shoes-ebrochure-pg-2-01aliz-shoes-introinfinence-shoes-ebrochure-pg-3b-01

Beg Infinence pula sesuai digayakan untuk semua peringkat umur dari remaja yang mungkin sesuai sesuai dengan rekaan ranggi sehinggalah wanita pertengahan usia yang lebih meminati gaya elegan.

 

 

fazura-banner-b-f-efazura-banner-a-f

Bagi koleksi Busana Raya Infinece, rekaannya pula ringkas dan minimal tetapi cantik dan moden, sempurna untuk digayakan pada hari raya. Terdapat empat rekabentuk kurung moden dan satu dress panjang bermotifkan renda indah dan berlian untuk pengalaman bergaya anggun bak selebriti. Setiap rekaan datang dengan 3 pilihan warna menarik. Koleksi Busana Raya ini adalah edisi terhad kerana dihasilkan dalam kuantiti yang terhad.

screen-shot-2018-04-25-at-1-34-26-pm

screen-shot-2018-04-25-at-1-34-44-pm

Infinence merupakan gabungan dua perkataan iaitu Infinite dan Excellence adalah rangkaian produk bertaraf premium yang ditampilkan oleh Sahajidah Hai-O Marketing untuk memberikan pengalaman gaya hidup baharu yang berbeza.

Kemunculan Fazura yang merupakan duta Sahajidah Hai-O Marketing adalah acar kemuncak yang mengakhiri pertunjukan fesyen pada malam itu.

screen-shot-2018-04-25-at-1-34-03-pm

Kesemua produk lifestyle Infinence adalah edisi terhad, dan boleh dibeli melalui pengedar yang sah ataupun secara dalam talian di platform e-commerce Sahajidah Hai-O.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!