73125

Antara Kafe Hipster Paling Sempoi Dekat Area Lembah Klang - Suria FM - Segalanya Hiburan

Asyik nak dinner je bawak girlfriend pergi tempat mahal sampai bil pun beratus-ratus. Tak semestinya kalau tak bawak girlfriend makan kat hotel, kita tak sayang dia kan? Ek’eleh! Kadang-kadang kita nak bawa kekasih explore dengan benda baru, situasi baru dan segala-galanya baru lah. Maybe girlfriend baru, ehhh!! 

Haa, apa kata korang bawa kekasih korang tu pergi tempat yang cantik tapi tak overbudget sangat. Alaaa, kalau tempat cantik mesti korang tak kisah la kalau nak berbelanja sikit. Bukannya selalu kan? Jom kita usha tempat-tempat berkonsep hipster yang korang boleh bawa pasangan korang pergi date!

LOKL

lokl-1-630x473

collage-lokl-630x473

Kedai ini bertempat di pusat bandaraya Kuala Lumpur dan tempat ini memang best kalau nak lepak sebab decoration kat tempat ni membuatkan kita selesa untuk lepak berjam-jam!

Alamat : 30 Jalan Tun H.S. Lee, 50000 Kuala Lumpur, Kuala Lumpur, Malaysia

VCR

vcr-1-630x392

VCR-8-630x473

VCR-collage-3-630x473

Tak dinafikan lagi VCR ni antara salah satu tempat kafe berkonsep hipster yang memang cun habis ah! Maybe kawasan kat sana tak cantik, tapi bila korang masuk je kedai ni korang akan rasa macam kat tempat lain. Lepas tu, korang tangkap lah gambar puas-puas kat sini. 

Alamat : 2, Jalan Galloway, off Jalan Pudu (off Jalan Pudu), 50150 Kuala Lumpur, Kuala Lumpur, Malaysia

BEAM, Bandar Sri Damansara

beam-5-630x473

collage-beam-630x473

Kafe BEAM ni bukan je korang boleh bawa girlfriend tapi boleh bawa juga satu family sebab kedai ni agak luas. Selain menyediakan tempat dan decoration yang cun, rasa coffee kat sini pun padu!

Alamat : Jalan SD5/3B, 52200 Bandar Sri Damansara, Kuala Lumpur, Malaysia

The Morning After, Bandar Sri Damansara

morning-after-5-630x356

collage-morning-after-630x473

Kalau stress dan tak boleh buat kerja kat rumah ke korang kena datang kafe The Morning After ni, sebab environment kat kedai ni memang chill dan tenang. Pilihan coffee kat kafe ni pun banyak. Korang kena trySalted Caramel Macchiato! Perhh meleleh beb!

Alamat : A-G-3 Ativo Plaza, Bandar Sri Damansara, Malaysia

Grey Sky Morning, Subang Jaya

gsm-6-630x630

collage-gsm-630x473

Kafe ni best sebab ia menyediakan tempat duduk yang best dan memang selesa habis la kalau korang nak layan coffee petang-petang kat sini.

Alamat : Bangunan EX8 (Jalan SS13/4), 47500 Subang Jaya, Selangor, Malaysia

Artisan, Petaling Jaya

artisan-5-630x630

collage-artisan-630x473

Kafe Artisan memang tidak asing lagi dengan peminat coffee. Coffee kat sini memang orang kata pure, original. Tempat kat sini memang best untuk kawan-kawan lepak atau nak buat discussion kat sini pun memang takde hal!

Alamat : Lot 19, Jalan 13/2, Seksyen 13, 46200 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia

Wood & Steel, TTDI

wood-steel-5-630x473

collage-wood-steel-630x473

Kafe Wood & Steel ni memang vintage habis! Korang kena datang kat sini sebab decoration kat sini memang style habis. Feeling dia macam korang tengah lepak kat rumah sendiri.

Alamat : No. 52, Jalan Datuk Sulaiman, Taman Tun Dr. Ismail, 60000 Kuala Lumpur,Kuala Lumpur, Malaysia

Foto Kredit: qpeiyin.blogspot.sg, eatdrinkkl.blogspot.sg, mecoffeyjourney.com dan Foursquare

Sumber : ohbulan

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!