73104

Antara Makanan Untuk Mendapatkan Perut 'Flat' - Suria FM - Segalanya Hiburan

Nak perut flat tapi malas nak bersenam? Hmm. Anda perlu tahu dalam hidup tiada jalan pintas untuk berjaya! Sama juga kalau anda impikan bentuk badan yang cantik. Tak perlu menghabiskan duit yang banyak untuk rawatan sedut lemak atau sebaliknya. Apa yang perlu anda lakukan hanya diet yang sihat dan bersenam. Kalau malas nak pergi jogging, anda boleh turun naik tangga di rumah sebanyak 20 kali dalam sehari atau banyakkan berjalan.

Kalau sebut pasal diet, tak bermakna anda perlu sekat segala makanan! Jangan bertindak kejam terhadap badan anda sendiri. Makanan yang anda makan harus selari dengan rutin senaman anda yang dapat membantu mempertingkatkan beberapa ‘kawasan’ di badan anda.

Untuk mendapatkan perut yang flat, makanan yang diperlukan adalah yang mengandungi sera bagi mengelakkan berlaku sembap, protein untuk metabolisma yang sihat dan anti oksidan. Nak tahu contoh makanan yang digalakkan untuk mendapatkan perut yang flat? Jom kita selongkar!


  • BADAM

1A

Badam sangat kaya dengan serat dan protein, serta Vitamin E dan anti oksidan yang kuat. Ia juga mengandungi magnesium, mineral yang membantu anda untuk mengeluarkan tenaga dan membina tisu otot yang baharu. Bukan itu sahaja, ia juga dapat mengelakkan daripada mengidam, stabilkan kandungan gula dalam darah dan menghalang kalori. Satu auns sehari akan memberi anda perut yang lebih elok dan elak daripada sakit jantung, kanser dan darah tinggi.


  • TELUR

2T-e1441255190707

Tiada sumber protein yang lebih hebat dari telur! Keseimbangan kandungan amino asid yang dijumpai dalam telur sangat diperlukan di dalam badan anda untuk membina serat otot. Ambil telur sebagai sarapan anda untuk membuatkan anda rasa kurang lapar sepanjang hari. Tetapi kalau anda mempunyai kandungan kolestrol yang tinggi, elakkan selagi boleh!


  • BUAH BERI

3B-e1441255155814

Setiap makanan yang mengandungi serat merupakan ‘bestfriend forever’ dalam diet termasuklah buah beri. Perut yang flat memerlukan 35 gram serat setiap hari untuk mengelakkan serapan kalori yang didapati dari sumber makanan yang lain. Ambil sekurang-kurangnya setengah cawan buah beri setiap hari. Anda tidak terhad kepada satu buah beri sahaja! Pelbagai pilihan juga boleh diambil seperti blueberries, raspberries dan strawberi. Untuk kesan yang lagi bagus, amalkan memakan gooseberries, boysenberries dan blackcurrants.


  • KAYU MANIS

4K-e1441255182818

Tambahkan kayu manis ke dalam diet anda sebab ia boleh membuatkan perut menjadi flat. Kajian U.S mengesahkan bahawa kayu manis boleh mengurangkan glukosa di dalam darah, yang membuatkan anda tidak rasa lapar. Bukan itu sahaja, ia berfungsi untuk elak daripada sembap dan mengadungi anti oksidan untuk kesihatan seluruh badan.


  • SUP SAYUR

5V

Sup sayur pasti akan membuatkan anda mendapatkan pinggang yang ramping kerana ia tidak mengadungi kalori yang banyak. Ia akan membantu mengurangkan berat badan dan elakkan berat badan daripada naik semula.


  • SAYURAN HIJAU

6G-e1441255173738

Untuk mencegah kanser dan obesiti, anda digalakkan makan sayuran hijau! Amalkan meletak sayuran ke dalam diet kerana ia akan neutralize free radikals dan bantu untuk kempiskan bahagian pinggang anda. Gunakan sayur bayam di dalam salad, sup, dan lain-lain dan anda berada satu langkah awal untuk mencegah sakit jantung, kanser, sakit tulang dan obesiti.


  • YOGURT

7-Y

Kandungan protein yang tinggi dan kalsium dalam yogurt dapat membantu menghilangkan lemak di bahagain yang tertentu. Probiotic bacteria yang terdapat dalam yogurt juga elok untuk sistem pencernaan dan kurangkan kesembapan, sembelit dan gas.


  • IKAN SALMON

8-Salmon-e1441255164652

Salmon kaya dengan Omega 3 dan dengan hanya satu hidangan sebnayak 75 gram, anda mampu dapatkan 770 mg omega 3. Membakar lemak dan meningkatkan insulin glukosa. Dapatkan 2 hingga 4 auns satu hidangan setiap minggu untuk mendapatkan hasil yang benar!


  • QUINOA

9Q

Quinoa mengandungi protein yang lebih banyak daripada bijiran yang lain dan ia kaya dengan B Vitamin, serat, manganese, tembaga dan magnesium. Anda pasti menikmati tekstur yang crunchy dan pada masa yang sama hilangkan lemak di bahagian badan dengan cara yang mudah. Ambil satu setengah cawan quinoa setiap hari untuk mendapatkan perut yang flat.

SELAMAT MENCUBA! 

 

Sumber: wanista   |   Foto kredit: agartubuhlangsing 

 

 

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!