87467

ANUARFAIZAL Menaikkan Martabat Baju Melayu - Suria FM - Segalanya Hiburan

Istimewa buat penggemar jenama ANUARFAIZAL, tahun 2018 menyajikan kembara fesyen yang berbeza dan bernafas segar untuk semua. Koleksi premium ini bermula dengan pemilihan selebriti lelaki yang gentleman serta berpengaruh dan segala aspek mengenai kempen ini dipilih dengan begitu teliti dan sangat menitik beratkan elemen premium dan prestij.

#BAJUMELAYUPREMIUM ANUARFAIZAL adalah koleksi Eid untuk lelaki oleh ANUARFAIZAL yang dijadualkan untuk sepanjang tahun. Sesuai untuk kegunaan hari lebaran, perkahwinan dan juga majlis-majlis keramaian.

Koleksi eksklusif ini terdiri daripada baju melayu potongan blazer dan juga seluar slacks.

Fabrik untuk koleksi ini adalah diimport dan bermutu tinggi. Antara fabrik pilihan adalah premium sutera Thai, sutera mentah, bulu kasmir dan kapas Itali. Koleksi ini boleh didapati secara atas talian di semua laman media sosial @anuarfaizalofficial

Perjalanan ini mendapat sokongan dari Golden Tulip Hotel Passer Baroe di tengah kota Jakarta, Indonesia. Pemilihan hotel bertaraf 5 bintang ini adalah bersesuaian dengan konsep yang ingin ditonjolkan oleh ANUARFAIZAL. Di mana tiga unsur utama iaitu senibina, kemewahan dan gaya hidup menjadi teras utama koleksi premium ini. Kempen ini diterajui oleh 5 selebriti muda Malaysia yang berbakat besar dan berpengaruh. Mereka adalah Donna Muslim, Nafiz Muaz, Aliff Muhaimin, Daniesh Suffian dan Ali Reza. Mereka dipilih atas pelbagai faktor namun faktor yang utama adalah pencapaian mereka dalam industri ini dalam tempoh yang sangat singkat. Di samping itu juga, wajah komersial mereka mewakili pelbagai aspek budaya dan bangsa tempatan dan boleh menonjol kepada demografi yang lebih luas.

Kempen ini lebih condong ke arah fotografi gaya hidup dan ia diterajui oleh STUDIO27KL dan filem fesyen yang mantap dan moden oleh produksi UNISEX PRODUCTION serta dipotretkan di dalam premis hotel dan juga di masjid terbesar di Asia iaitu Masjid Istiqlal di ibukota Jakarta.

ANUARFAIZAL berharap usaha untuk memartabatkan Baju Melayu di tahap yang paling agung bakal mendapat sokongan daripada seluruh rakyat Malaysia dan berharap agar memperoleh sokongan dari pihak kerajaan mahupun korporat yang mahu melihat warisan kebanggaan bangsa kita mendapat penghargaan yang sewajarnya.

Pautan YOUTUBE:

 

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!
Enable referrer and click cookie to search for pro webber