73086

Apa Bedak Talkum Boleh Buat Untuk Lebat, Tebal & Panjangkan Bulu Mata Anda - Suria FM - Segalanya Hiburan

Bulu mata tak panjang ke uolls? Tak lentik ke uolls? Tak lentik ke uolls? Tak lebat ke uolls? Ek’eleh rileks! Haaa apa yang uolls perlukan hanya bedak talkum atau bedak bayi sahaja untuk mendapatkan efek seperti gambar di bawah.

bulu mata lebat dengan bedak talkum

Langkah pertama

Ikuti langkah pemakaian maskara seperti biasa. Mulakan dengan penggunaan pelentik bulu mata. Pastikan korang melentikan bulu mata secara menyeluruh, termasuk bahagian bulu mata bahagian sudut dalam mata. Tahan sebentar dalam kiraan 8 saat dalam satu masa.

tips bulu mata lebat 1

Langkah kedua

Pakai maskara sebanyak dua lapisan. Tunggu lapisan pertama separa kering kemudian sapukan lapisan kedua.

tips bulu mata lebat 2

Langkah ketiga

Ok ini adalah kunci untuk tips pelebatan bulu mata kali ini. Tuang sedikit bedak bayi kedalam bekas untuk memudahkan sapuan. Kemudian sapu bulu mata dengan bedak talkum dengan menggunakan putik kapas. Jangan terlalu banyak, hanya sapuan nipis diperlukan tetapi pastikan setiap sapuan meliputu semua helaian bulu mata. Hati-hati juga kerana bimbang kalau kuantiti terlalu banyak, bimbang serbuk bedak akan masuk ke dalam mata pula.

tips bulu mata lebat 3

tips bulu mata lebat 4

Langkah keempat

Sekali lagi, sapukan mascara. Bulu mata korang akan kembali bewarna hitam semula.

tips bulu mata lebat 5

Hasilnya… voila! Bulu mata yang lebih tebal ,lebat dan panjang kini milik korang. Siapa sangka hanya dengan penambahan bedak bayi, korang boleh mendapatkan hasil seperti ini. Cuba tips ini, memang terbukti efektif! Selamat mencuba!

tips

Sumber : wanista

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!