73142

Apa Sebab Pasangan Curang? - Suria FM - Segalanya Hiburan

Korang pernah terfikir tak kenapa pasangan korang curang? Tak kisah lah lelaki ke perempuan sebab kalau nak salahkan lelaki je tak boleh juga, perempuan pun ada je yang curang juga kan? 

Haa jom kita tengok antara punca kenapa boleh berlakunya hal curang tu. Jangan ada yang terasa pula tau! 

  • Terlalu handsome / cantik

Biar dah mula rasa diri tu sentiasa handsome atau cantik, tu yang sampai sanggup boleh cari spare part belakang pasangan masing-masing tu. Ke korang sendiri yang rasa diri korang handsome / cantik padahal………! Tepuk dada tanya selera ye, hehehe.

  • Cepat bosan

Dah kalau selalu sangat bergaduh mesti salah seorang akan rasa bosan kan? Yela kadang-kadang tu benda simple pun nak gaduh dah kenapa? Hal kecik diperbesarkan. Tak penat ke asyik bergaduh? Disebabkan hal tu lah, pasangan korang curang sebab stress asyik bergaduh je dengan korang. 

  • Balas dendam

Haa jangan ingat semua orang tak ada rasa dendam dalam diri tau! Mungkin sebelum ni korang pernah curang so kali ni pasangan korang pula nak balas dendam. Yela biarlah rasa sakit tu sama-sama rasa kan? Hehe. Okay, gurau je! Tapi kalau korang taknak pasangan korang curang, better korang jangan start dulu!

  • Terlampau control

Selagi belum ada ikatan yang sah, jangan nak ngada-ngada control hidup pasangan korang tu. Control sikit-sikit udah lerr. Jangan melebih pula! Dia pun ada hidup dia juga. Tapi kalau yang dah kahwin tu, si isteri wajib ikut apa suami cakap tau selagi benda tu tak melampau. 

  • Cinta lama muncul balik

Paling menyakitkan hati bila ex datang balik! Haa time tu lah nak teringat kisah-kisah lama lepas tu timbul rasa sayang tu balik. Ish ish! Tak baik tau mainkan perasaan pasangan korang tu! Ingat, KARMA tu akan datang!!

  • Tak jaga penampilan

Haa ni boleh dijadikan salah satu faktor juga tau! Penampilan kena sentiasa jaga kalau taknak pasangan curang. Biasalah, zaman sekarang kan memang penampilan tu kena tip top!

  • Terlalu gedik / poyo

Lelaki rimas tau dengan perempuan yang terlampau gedik ni! Perempuan pun menyampah dengan lelaki yang terlampau poyo ya amat! Kalau sentiasa nak gedik atau poyo pun tak boleh juga sebenarnya! 

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!