91751

Aplikasi MyPesara Kini Berwajah Baru - Suria FM - Segalanya Hiburan

Selari dengan anjakan paradigma nasional melangkah era revolusi perindustrian 4.0 (IR4.0) yang mencarta laluan Malaysia ke arah negara maju dan berpendapatan tinggi, KWAP menyambut baik usaha kerajaan dalam memperkasa rakyat untuk lebih celik teknologi. Aplikasi MyPesara berwajah baharu yang dilancarkan baru-baru ini boleh membantu anda menikmati alam persaraan yang lebih bermakna – bila-bila masa, di mana-mana sahaja. Memperkenalkan aplikasi MyPesara yang ditambah baik dengan ciri-ciri mesra pengguna untuk semua.

Aplikasi MyPesara yang ditambah baik ini adalah inisiatif KWAP dalam arena digital untuk menambah baik perkhidmatan mereka kepada para pesara. Jika diteliti, aplikasi MyPesara berwajah baharu ini mempunyai komponen yang komprehensif dalam membantu pengguna untuk merancang persaraan mereka serta memantau status kesihatan dalam mengekalkan gaya hidup yang sehat.

Aplikasi MyPesara kini mempunyai kemudahan perancang kewangan dan kesihatan untuk para pengguna terutama golongan pesara. Selain itu, turut diperkenalkan kemudahan senarai talian kecemasan dan lokasi hospital, balai polis dan balai bomba yang berdekatan serta ciri SOS baharu – semuanya untuk kemudahan para pesara. Aplikasi MyPesara kini juga memperkenalkan program faedah yang pertama seumpamanya yang menawarkan produk dan perkhidmatan yang direka khusus untuk pesara dan para pengguna – kerjasama di antara KWAP dan rakan-rakan niaga terpilih.

Jangan lepaskan peluang untuk merancang masa hadapan persaraan anda dengan lebih bermakna dengan aplikasi MyPesara. Muat turun aplikasi MyPesara di Google Play atau Apple App Store sekarang.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!